The need to increase fat consumption in developing countries

Penggunaan lemak di kebanyakan negara-negara membangun didapati tidak mencukupi. Negara-negara maju menghadapi masalah penggunaan lemak yang berlebihan sementara di negara-negara membangun keadaan adalah sebaliknya. Penggunaan dilihat dari dua sudut, pertama, meningkatkan paras penggunaan ke peratus 20 kalori dan kedua, mengatasi kekurangan kalori gantian lemak. Penggunaan lemak bergantung kepada pendapatan, bekalan dan berbagai tabiat sosial di […]

Palm oil products: quality and users’ needs

Mutu dan keperluan pengguna merupakan tajuk bagi seminar satu hari pada bulan Januari 1982 anjuran PORIM sebagai memenuhi permintaan dari PORAM. Penceramah-penceramah terdiri dari pagawai-pegawai dari dua Bahagian PORIM: (i) Kegunaan Akhir dan Khidmat Nasihat Teknikal dan (ii) Kimia dan Teknologi. Ini adalah laporan persidangan tersebut termasuk perbincangan oleh para peserta.

Collection of oil palm (Elaeis Oleifera) genetic material in Central and South America

Pengumpulan biji kelapa sawit Elaeis oleifera, yang berasal dari Amerika Selatan, telah dibuat dari Suriname, Colombia, Panama, Costa Rica, Nicaragua, Honduras dan Peru. Sebanyak 36 854 biji telah diperolehi dari 167 sampel yang dikumpul. Terdapat perbezaan di antara buah kelapa sawit dari Suriname jika dibandingkan dengan buah dari Colombia, Panama, Costa Rica, Nicaragua dan Honduras.

Biotechnology – An overview

Bioteknologi boleh ditafsirkan sebagai penggunaan organisma hidup atau komponennya dalam industri bagi menghasilkan metabolit yang berguna dari sumber-sumber yang boleh diguna semula. Proses-proses bio digunakan secara meluas dalam industri kimia, perubatan dan makanan. Kemajuan baru dalam bidang sains genetik, biokatalisis dan teknik-teknik kultura sel tumbuhan dan haiwan telah menambahkan minat terhadap bidang ini. Kegunaan dan […]

Palm oil usage and potential in Japan

Pasaran minyak dan lemak sayuran termasuk kelapa sawit di negara Jepun tidak berubah sejak lima hingga enam tahun yang lepas. Dalam pada itu, jumlah penggunaan minyak kelapa sawit dalam perusahaan masih juga rendah jika di bandingkan dengan lemak daging (tallow). Juga, potensi penggunaan minyak kelapa sawit dan minyak isi-rong kelapa sawit perlu di kaji secara […]

Pattern of variation of fruit set and fruit components in Elaeis oleifera (HBK) Cortes bunches

Variasi pada tandan-tandan buah Elaeis oleifera dikaji dengan menganalisis secara terperinci dua belas babagian tandan dari dua puluh tandan masak. Pada keseluruhannya, babagian atas tandan mempunyai lebih buah serta mutu yang lebih tinggi. Peratus kandungan isirong adalah lebih tinggi pada bahagian tandan yang paling bawah. Buah-buah pada bahagian luar pada tiap-tiap spikelet adalah juga lebih […]

Analysis of fatty acid composition (FAC) in Elaeis guineensis, Elaeis oleifera, their hybrids and its implication in breeding

Minyak sawit yang ada masakini digunakan di dalam bahan-bahan di mana kandungan pepejalnya hendaklah pada suhu bilik. Dengan bertambahnya penggunaan minyak sawit di pasaran dunia, maka adalah berfaedah jika minyak sawit yang lebih cair diperolehi. Olein dari kelapa sawit yang dikacuk boleh digunakan di negara-negara ‘temperate’. Penyelidikan pembiakan hendaklah ditumpukan kepada peningkatan asid oleik dengan […]