Anthesis and fruit set in Elaeis Oleifera (HBK) Cortes

Elaeis oleifera, satu jenis kelapa sawit dari Amerika Tengah dan Selatan mempunyai beberapa ciri agronomi yang berfaedah. Sifat-sifat ini boleh dipindahkan melalui kacukan dan kacukan keasal, kepada kelapa sawit biasa, E. guineensis. Pengetahuan mengenai pembiakan jenis E. oleifera adalah terhad walaupun ianya penting untuk kejayaan pembaikbiakan. Suatu siri percubaan mengkaji aspek-aspek pembiakan biologi telah dimulakan […]

Anaerobic digestion of palm oil mill effluent

Penghadaman secara penapaian tanpa oksijan adalah satu cara yang sangat luas digunakan uutuk memproses effluen kilang minyak kelapa sawit di Malaysia. Kejayaan operasi penghadaman secara penapaian tanpa oksijan adalah bergantung kepada kefahaman proses teknologi. Rencana ini membincangkan secara ringkas asas-asas alat penghadaman, faktor-faktor yang mempengaruhi penghadaman dan perkara-perkara yang mengawal alat penghadaman itu.

The determination of oil palm fertilizer requirements in Peninsular Malaysia Part II:Effect of different environments

Keperluan baja kelapa sawit boleh ditentukan dari maklumat mengenai potensi keluaran yang maksima, zat makanan dari tanah dan kecekapan pemulihan baja yang mana semuanya berbeza mengikut persekitaran. Percubaan telah dibuat untuk mengaitkan faktor-faktor ini dengan sifat-sifat tanah dan iklim, dengan menggunakan keputusan dari percubaan baja, supaya ramalan mengenainya dapat dibuat dalam persekitaran baru. Terdapat pertalian […]

Refined palm oil quality as received

Beberapa perincian mutu yang dikehendaki oleh pengguna-pengguna minyak kelapa sawit keluaran Malaysia, dibincangkan. Perubahan mutu berlaku semasa dalam pengangkutan, dan ini disebabkan oleh samada keadaan, pengangkutan, atau ciri-ciri bahan berkenaan semsa dimuatkan. Masalah permuantan ini boleh dikawal semasa di kilang penulenan. Kandungan asid lemak bebas di bawah 0.05% dan paras baki fosforus di bawah 4 […]

Palm Oil Familiarization Programme – A TAS Approach

The First Palm Oil Familiarization programme was held from 21st February to 2nd March, 1982. The aim is to provide participants with technical information on palm oil/oil palm products, applications and appropriate handling procedures. Twelve guest-participants for the inaugural programme were invited. The ten-day progamme exposed the participants to the whole spectrum of palm oil […]

Development of peat soil for oil palm planting in Malaysia – Johor Barat Agricultural Project as a case study

Kekurangan kawasan tanah yang sesuai di masakini telah menyebabkan penanam-penanam terpaksa menggunakan tanah yang kurang sesuai (seperti tanah gambut) bagi penanaman kelapa sawit. Terdapat lebih kurang 810,000 ha tanah gambut di Semenanjung Malaysia, 90,000 ha di Sabah dan 1.5 juta ha di Sarawak. Di kawasan projek pembangunan Pertanian Johor Barat terdapat kira-kira 70,000 ha tanah […]

Mitosis in Elaeis Guineensis Jacq race Deli Dura

Proses mitosis yang lengkap dalam Elaeis guineensis Jacq. telah dikaji, dengan menggunakan hujung akar yang tumbuh. Oleh kerana kromosom Elaeis sangat kecil dan ianya melekat sesama sendiri, maka kajian terperinci ke atas proses mitosis tidak dapat dibuat denan sempurna. Hujung akar yang tumbuh diberi prarawatan dengan colchicine pada beberapa paras sukatan dan dalam jangka masa […]

Bleachability and the DOBI

Kemudahan meluntur minyak sawit mentah adalah satu-satunya ciri mutu yang paling penting bagi penghasilan minyak tulen gred satu. Proses kimia mengenai tindakbalas kerosakan yang mempunyai kesan ke atas kelunturan dan kaedah-kaedah analisis untuk menentukan kelunturan dihuraikan. Kegunaan perincian perdagangan terhadap ujian ke atas minyak sawit mentah, yang dikenali sebagai DOBI, dibincangkan.

Biosynthesis of fatty acids in higher plants

Proses fotosintesis dibincangkan secara ringkas. Fotosintesis bermula dengan pengikatan karbon dioksida di dalam suatu organel, dikenali sebagai kloroplas, yang terdapat di dalam daun. Melalui kitaran Calvin, sukros iaitu hasil primer fotosintesis dibentuk. Penjelasan yang sama bagi biosintesis lipid dalam buah kelapa sawit juga dihuraikan.