Palm kernel and palm kernel oil quality today

Isirong sawit adalah hasil sampingan dari pemprosesan tandan buah sawit. la mengandungi 47%-50% minyak isirong sawit. Kesemua keluaran isirong sawit diproses di kilang tempatan bagi menghasilkan minyak isirong sawit dan hampas. Untuk menjamin mutu isirong sawit yang memuaskan, adalah mustahak ia dikendalikan dan disimpan dengan cara yang sesuai dan betul. Begitu juga halnya dengan minyak […]

Oxidation and palm oil

Pemerosotan oksidatif minyak makan adalah sesuatu yang tak dapat dielakkan terutama jika langkah-langkah perlu untuk mengurangkannya tidak diambil. Makalah ini membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pemerosotan oksidatif minyak sawit. Mekanisme pengoksidaan digariskan, bersama-sama dengan keadaan pemprosesan dan peranan ferum serta logam-logam galian lain termasuk faktor kamiran yang menentukan kualiti akhir minyak.Peranan anti pengoksida semula jadi seperti […]

Noise pollution and conservation in the palm oil industries

Bunyi bising merupakan salah satu masalah kesihatan dalam industri pengilangan minyak sawit. Oleh kerana bunyi bising yang berlebihan dari jentera dan proses pengilangan memberi kesan buruk terhadap sistem pendengaran dan perhubungan pekerja, maka satu kaedah kawalan yang sesuai perlu diadakan bagi mengatasi masalah ini. Keutamaan ditumpukan kepada kawalan ke atas punca bunyi dengan mengenal pasti […]

The current status of automation of the sterilization process in Malaysian Palm Oil Mills

Ciri-ciri automasi yang diperlukan untuk proses pensterilan dan kebaikan-kebaikan yang didapati melalui automasi serta berbagai jenis sistem kawalan dikaji dengan membincangkan dengan teliti mengenai kebaikan dan keburukan terhadap setiap sistem kawalan. Kelengkapan yang boleh disediakan oleh semua sistem-sistem kawalan dipanggil kelengkapan asas. Sistem-sistem asas mikroprosessor secara am boleh menyediakan banyak kelengkapan tambahan jika dibandingkan dengan […]

An assessment of the iron and free fatty acid content of production oil from various palm oil mills

Satu kajian dijalankan di lima buah kilang minyak sawit. Hasil kajian menunjukkan bahawa Kilang A dan B berupaya menghasilkan minyak dengan kandungan ferum yang rendah walaupun minyak tidak disalurkan melalui perangkap magnet. Kilang C, yang sebahagian jenteranya diperbuat daripada keluli tahan karat, juga berupaya menghasilkan minyak sawit dengan kandungan ferum yang rendah. Kilang D dan […]

Application of market share analysis in determining world market potential for palm oil

Sebuah model yang menganalisis pasaran dunia minyak sawit telah dibentuk dengan menggunakan kaedah syer pasaran. Keberkesanan model ini dapat dirasai apabila ia dapat mengesan data-data terdahulu dengan baik dan perbezaannya tidak begitu ketara. Keberkesanan ini tercapai sebab ia melibatkan analisis kualitatif dan analisis kuantitatif secara bersama yang mengaitkan pandangan masa lepas dan sekarang dalam menentukan […]

Enforcement with respect to oil quality in East Malaysia

Hasil kerja pengawasan kualiti dan penguatkuasaan kualiti terhadap industri kelapa sawit di Malaysia Timur berbanding dengan Semenanjung Malaysia dihuraikan. Didapati bahawa kualiti keluaran kelapa sawit dari Malaysia Timur adalah memuaskan. Dalam daya usaha meningkatkan kualiti keluaran kelapa sawit di Malaysia sistem kualiti menghadapi beberapa kelebihan termasuklah tidak ada insentif, kelemahan infrastruktur dan spesifikasi kualiti yang […]

Oxidative index for crude palm oil

Kegunaan fungsi diskriniinasi untuk meinbezakan di antara niinyak sawit mentah daripada twnyak slaj sawit telah dilaporkan oteh Tan et al. Di dalam twkalah ini, kegunaan fungsi diskriniinasi juga boleh menunjukkan perbezaan mutulkualiti di aniara minyak sawit mentah. Indeks ini terlibat juga dengan kestabilan oksidasi dan aspek penapisan niinyak. Kiialiti buah kepala sawit dengan kualiti minyak […]

Recent palm oil production in Malaysia, with special reference to the oil extraction rate

Anggaran 7.2 juta tan metrik pengeluaran minyak sawit mentah Malaysia pada 1993 adalah dianggap munasabah memandangkan pengeluaran yang rendah pada l990-91 dan sedikit pengurangan pada pengeluaran 1992. Penurunan kadar pengekstrakan minyak (OER) yang ketara, seperti yang didapati di Semenanjung Malaysia pada pertengahan 1992, boleh disandarkan kepada tiga sebab pembolehubah sendirian atau faktor. Faktor yang boleh […]

Improving CPO DOBI Values- A practical approach

Sebuah kilang minyak sawit dipilih untuk kajian memperbaiki nilai indeks pemerosotan pelunturan (DOBI) minyak sawit mentah (MSM) yang dihasilkan Kesan piawaian buah masak, kualiti buah tandan baru (BTB) semasa penghantaran, pensterilan dan parameter pemprosesan terhadap nilai DOBI dikaji. Kilang berkenaan menghasilkan MSM dengan nilai DOBI &gt,3.0 secara konsisten sepanjang tempoh kajian. Nilai DOBI minimum dalam […]