Applications of GLC in the Analysis of Oils and Fats

Salah satu alat yang digunakan untukmencirikan minyak dan lemak ialah kromotograf gas. Makalah ini menghuraikan beberapa analisis minyak dan lemak yang melibatkan penggunaan kromotograf gas cecair.Keadaan operasi dan kromotograf yang terdapat untuk analisis yang sering dijalankan seperti komposisi asid lemak, trigliserida dan gliserida separa dalam minyak sawit dan minyak isirong sawit dijelaskan.

Customs Classification of Palm Fatty Acids

‘Kadar pecahan’ (Cocks dan Van Redes, 1973) boleh digunakan sebagai kaedah ringkas untuk membezakan di antara hasil terpecah asid lemak sawit yang didapati daripada industri oleokimia dan hasil suling asid lemak sawit/hasil sampingan minyak asid sawit yang didapati daripada industri penapisan minyak sawit, untuk tujuan pengklasan kastam.

Design and evaluation of a Crane Fitted to a Mini-Tractor for Mechanical Loading of Palm Fresh Fruit Bunches

Kerja-kerja yang melibatkan mereka bentuk dan membina sebuah kren yang dipasang pada mini-traktor untuk mengangkat tandan buah sawit diterangkan. Kren ini yang boleh memusing 160 darjah boleh mengangkat tandan di kedua-dua belah traktor. Kren ini diujinilai serentak dengan sebuah lagi mini-traktor yang menggunakan tenaga manusia untuk mengangkat tandan. Keputusan ujian dalam ladang menunjukkan keluaran sehari […]

Adaptation to Light Environment by Leaves of Oil Palm (Elaeis guineensis)

Pertukaran gas daun dan sifat morfologi bagi pokok sawit muda yang tumbuh di kawasan yang terdedah kepada matahari dan kawasan yang ternaung dibandingkan. Daun-daun pokok yang tumbuh di tempat naung didapati mempunyai luas permukaan yang lebih berbanding daun di tempat terdedah, tetapi mempunyai berat kering per unit yang lebih rendah. Ketumpatan stomata, konduktans maksimum, kecekapan […]

Relative Quantification of Palm Oil Partial Glycerides by Chromarod Thin-Layer-Chromatography with Flame-Ionization Detection

Pecahan gliserida separa minyak sawit merangkumi monogliserida, 1,2-digliserida, 1,3-digliserida dan trigliserida disamping asid lemak bebas. Semua ini diasingkan oleh Chromarod Type S menggunakan iso-oktana: dwietil ester: asid formik (80:20:1, i/i) sebagai larutan cuci. Bahan-bahan yang terasing ini ditentukan kuantitinya menggunakan radas IATROSCAN TH-10. Ini sebenarnya ialah alat pengesan pengionan-api. Satu campuran piawai gliserida separa digunakan […]

Treatment of High Strength Wastewater from Palm Oil Based Oleocemical Industries – Preminilary Observation

Sebuah alat penapis anaerobik sesekat mendatar (PASM) saiz makmal telah dipasang untuk mengkaji takat rawatan air buangan daripada kilang oleokimia yang berasaskan minyak sawit. PASM ini dijangka digunakan untuk proses rawatan awal. Dua ujian yang menggunakan masa penahanan hidraulik (MPH) 20 dan 15 hari telah dilakukan menggunakan PASM ini. Adalah didapati bahawa kecekapan pembuangan Permintaan […]

Crude Palm Oil Quality – A Survey over the Last Two Decades

Industri minyak sawit Malaysia sering menganggap dirinya sebagai pelopor dalam bidang pengeluaran minyak sawit bermutu tinggi. Masanya telah sampai bagi industri ini menilai secara kritis mutu minyak sawit mentah masa kini terutama sekali dengan kemunculan Indonesia sebagai pengeluar minyak sawit mentah bermutu tinggi yang berpotensi. Makalah ini menyarankan agar tujuh faktor utama iaitu: asid lemak […]

Some results of recent forecasts on palm oil production

Menurut ramalan pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) yang terdahulu sebanyak 6.3 juta tan metrik bagi 1991, ramalan jangka-pendek untuk 1992 menunjukkan pertambahan yang ketara ke angka 6.75 juta tan metrik. Ramalan jangka-panjang menunjukkan pengeluaran MSM mungkin akan mencapai 6 juta tan metrik menjelang tahun 2000, 10.7 juta tan metrik menjelang tahun 2010 dan mungkin mencapai […]

Status of mycorrhizal research in oil palm

Makalah ini memberi ringkasan mengenai status penyelidikan Mikoriza dalam kelapa sawit. Penyelidikan hingga kini mendapati ketiadaan kulat VAM dalam anak benih kelapa sawit di tapak semaian dan juga di beberapa jenis tanah yang ditanam dengan kelapa sawit. Di mana ianya didapati, spesies yang biasa wujud di tanah pantai ialah Gigaspora. Spesies Sclerocyctis pula terdapat di […]