Improving CPO DOBI Values- A practical approach

Sebuah kilang minyak sawit dipilih untuk kajian memperbaiki nilai indeks pemerosotan pelunturan (DOBI) minyak sawit mentah (MSM) yang dihasilkan Kesan piawaian buah masak, kualiti buah tandan baru (BTB) semasa penghantaran, pensterilan dan parameter pemprosesan terhadap nilai DOBI dikaji. Kilang berkenaan menghasilkan MSM dengan nilai DOBI &gt,3.0 secara konsisten sepanjang tempoh kajian. Nilai DOBI minimum dalam tempoh ini ialah 3.34 dan nilai maksimum 3.54. Ini melambangkan nilai MSM yang dihasilkan. Proses pensterilan ialah 20/20/30/30 psig selama 70 minit. Memandangkan bahawa hasil sedemikian didapati walaupan 35% dari BTB yang diproses adalah dari penanam persendirian, SLDB yakin bahawa pengoptimuman proses pensterilan sedemikian mampu menghasilkan peningkatan kualiti MSM dan nilai DOBI 3.0 yang konsisten boleh dicapai.

Releated

Survey of crude palm oil quality ex-mill Sabah

Satu kajiselidik dilakukan bagi menentukan kualiti minyak sawit mentah (MSM) dari Sabah. Perbandingan hasil kajiselidik ini dengan yang telah dijalankan oleh PORAM (Wong, 1981) menunjukkan bahawa MSM Sabah, pada umumnya, mempunyai kualiti lebih baik berbanding MSM Semenanjung Malaysia. Kajiselidik ini juga menunjukkan bahawa parameter kualiti MSM Sabah, iaitu asid lemak bebas, lembapan dan bendasing adalah […]

Recent palm oil production in Malaysia, with special reference to the oil extraction rate

Anggaran 7.2 juta tan metrik pengeluaran minyak sawit mentah Malaysia pada 1993 adalah dianggap munasabah memandangkan pengeluaran yang rendah pada l990-91 dan sedikit pengurangan pada pengeluaran 1992. Penurunan kadar pengekstrakan minyak (OER) yang ketara, seperti yang didapati di Semenanjung Malaysia pada pertengahan 1992, boleh disandarkan kepada tiga sebab pembolehubah sendirian atau faktor. Faktor yang boleh […]