Noise pollution and conservation in the palm oil industries

Bunyi bising merupakan salah satu masalah kesihatan dalam industri pengilangan minyak sawit. Oleh kerana bunyi bising yang berlebihan dari jentera dan proses pengilangan memberi kesan buruk terhadap sistem pendengaran dan perhubungan pekerja, maka satu kaedah kawalan yang sesuai perlu diadakan bagi mengatasi masalah ini. Keutamaan ditumpukan kepada kawalan ke atas punca bunyi dengan mengenal pasti punca bunyi bising diikuti dengan kaedah kawalan seperti perancangan awal pembinaan kilang dan pemasangan jentera, menggantikan jentera yang mengeluarkan bunyi bising dan pengubahsuaian jentera atau ruang kerja. Sebagai alternatif, lindungan boleh juga dibuat terhadap pekerja yang menerima bunyi bising seperti menyediakan sistem perlindungan ataupun kawalan ke atas tempoh pendedahan seseorang kepada bunyi bising yang berlebihan. Kombinasi jenis-jenis kawalan di atas boleh juga di buat selagi ianya dapat memastikan keberkesanannya tanpa menggaanggu kelancaran sesuatu proses.

Releated

Oxidation and palm oil

Pemerosotan oksidatif minyak makan adalah sesuatu yang tak dapat dielakkan terutama jika langkah-langkah perlu untuk mengurangkannya tidak diambil. Makalah ini membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pemerosotan oksidatif minyak sawit. Mekanisme pengoksidaan digariskan, bersama-sama dengan keadaan pemprosesan dan peranan ferum serta logam-logam galian lain termasuk faktor kamiran yang menentukan kualiti akhir minyak.Peranan anti pengoksida semula jadi seperti […]

Palm kernel and palm kernel oil quality today

Isirong sawit adalah hasil sampingan dari pemprosesan tandan buah sawit. la mengandungi 47%-50% minyak isirong sawit. Kesemua keluaran isirong sawit diproses di kilang tempatan bagi menghasilkan minyak isirong sawit dan hampas. Untuk menjamin mutu isirong sawit yang memuaskan, adalah mustahak ia dikendalikan dan disimpan dengan cara yang sesuai dan betul. Begitu juga halnya dengan minyak […]