Recent palm oil production in Malaysia, with special reference to the oil extraction rate

Anggaran 7.2 juta tan metrik pengeluaran minyak sawit mentah Malaysia pada 1993 adalah dianggap munasabah memandangkan pengeluaran yang rendah pada l990-91 dan sedikit pengurangan pada pengeluaran 1992. Penurunan kadar pengekstrakan minyak (OER) yang ketara, seperti yang didapati di Semenanjung Malaysia pada pertengahan 1992, boleh disandarkan kepada tiga sebab pembolehubah sendirian atau faktor. Faktor yang boleh dianggap sementara ialah pengurangan jumlah jam sinaran matahari disebabkan oleh jerubu yang berlaku 10 bulan sebelum penurunan OER berlaku. Faktor kedua ialah perubahan berkala lazim OER yang berubah-ubah dengan agak kerap sekitar 1% atau lebih pada nilai purata. Faktor ketiga yang dianggap memerlukan perhatian lebih ialah arah aliran menurun OER yang berlaku sepanjang 1988-91 dan besar kemungkinan berlaku pada 1992. Anggaran jumlah penurunan OER kira-kira 0.67% sepanjang 1987-92 telah diambilkira oleh arah aliran menurun.

Releated

Survey of crude palm oil quality ex-mill Sabah

Satu kajiselidik dilakukan bagi menentukan kualiti minyak sawit mentah (MSM) dari Sabah. Perbandingan hasil kajiselidik ini dengan yang telah dijalankan oleh PORAM (Wong, 1981) menunjukkan bahawa MSM Sabah, pada umumnya, mempunyai kualiti lebih baik berbanding MSM Semenanjung Malaysia. Kajiselidik ini juga menunjukkan bahawa parameter kualiti MSM Sabah, iaitu asid lemak bebas, lembapan dan bendasing adalah […]