Anthesis and fruit set in Elaeis Oleifera (HBK) Cortes

Elaeis oleifera, satu jenis kelapa sawit dari Amerika Tengah dan Selatan mempunyai beberapa ciri agronomi yang berfaedah. Sifat-sifat ini boleh dipindahkan melalui kacukan dan kacukan keasal, kepada kelapa sawit biasa, E. guineensis. Pengetahuan mengenai pembiakan jenis E. oleifera adalah terhad walaupun ianya penting untuk kejayaan pembaikbiakan. Suatu siri percubaan mengkaji aspek-aspek pembiakan biologi telah dimulakan dan keputusan dari dua percubaan dibentangkan dalam rencana ini. Hasil daripada percubaan pertama jelas menunjukkan ada terdapat perbezaan besar antara pokok bagi jumlah bilangan bunga dan jangka masa dimana semua bunga, di dalam mayang berkembang. Percubaan kedua telah mengkaji akan penghasilan buah-buah dalam dua kumpulan pokok E. oleifera. Tiap-tiap tandan buah dibahagikan kepada enam bahagian dan telah didapati paling banyak bunga dan buah jenis parthenokarpi di bahagian sebelah bawah tandan buah, tetapi banyak buah matang didapati di bahagian atas. Nisbah antara bilangan buah yang terletak diluar dan yang terletak dibahagian dalam tiap-tiap spikelet didapati rendah terutamanya pada pokok-pokok yang berasal daripada K L M. Perbezaan bermakna antara pokok dan antara babagian dalam tandan didapati bagi semua ciri yang dikaji kecuali bilangan buah yang masak dalam kumpulan K L M. Korrelasi yang bermakna diperolehi antara bilangan bunga dan bilangan buah parthenokarpi pada pokok-pokok berasal dari Colombia dan bilangan buah masak dengan buah parthenokarpi pada pokok-pokok yang berasal dari K L M.

Releated

Anaerobic digestion of palm oil mill effluent

Penghadaman secara penapaian tanpa oksijan adalah satu cara yang sangat luas digunakan uutuk memproses effluen kilang minyak kelapa sawit di Malaysia. Kejayaan operasi penghadaman secara penapaian tanpa oksijan adalah bergantung kepada kefahaman proses teknologi. Rencana ini membincangkan secara ringkas asas-asas alat penghadaman, faktor-faktor yang mempengaruhi penghadaman dan perkara-perkara yang mengawal alat penghadaman itu.