Mitosis in Elaeis Guineensis Jacq race Deli Dura

Proses mitosis yang lengkap dalam Elaeis guineensis Jacq. telah dikaji, dengan menggunakan hujung akar yang tumbuh. Oleh kerana kromosom Elaeis sangat kecil dan ianya melekat sesama sendiri, maka kajian terperinci ke atas proses mitosis tidak dapat dibuat denan sempurna. Hujung akar yang tumbuh diberi prarawatan dengan colchicine pada beberapa paras sukatan dan dalam jangka masa yang berlainan untuk memperolehi pisahan kromosom yang baik. Jumlah asas kromosom Elaeis disahkan sebagai 2n = 32. Analisis kariotip menghasilkan jenis-jenis kromosom A, B dan C mengikut pembahagian berikut: A = 3 , B = 5 dan C = 8. Tidak terdapat sebarang kerosakan kromosom melainkan beberapa penyambungan pada peringkat anafasa. Bagi menentukan cara prarawatan yang paling baik, penggunaan aesculine, 8-hydro-quinoline dan PDB (paradichlorobenze) telah dirancangkan selain dari colochicine. Ini akan juga melibatkan beberapa kaedah prarawatan fizikal seperti menggunakan slaid yang disejukkan dan sebagainya. Turut juga dirancangkan ialah untuk membeza-bezakan tempoh hidrolisis bagi hujung akar.

Releated

Development of peat soil for oil palm planting in Malaysia – Johor Barat Agricultural Project as a case study

Kekurangan kawasan tanah yang sesuai di masakini telah menyebabkan penanam-penanam terpaksa menggunakan tanah yang kurang sesuai (seperti tanah gambut) bagi penanaman kelapa sawit. Terdapat lebih kurang 810,000 ha tanah gambut di Semenanjung Malaysia, 90,000 ha di Sabah dan 1.5 juta ha di Sarawak. Di kawasan projek pembangunan Pertanian Johor Barat terdapat kira-kira 70,000 ha tanah […]

Bleachability and the DOBI

Kemudahan meluntur minyak sawit mentah adalah satu-satunya ciri mutu yang paling penting bagi penghasilan minyak tulen gred satu. Proses kimia mengenai tindakbalas kerosakan yang mempunyai kesan ke atas kelunturan dan kaedah-kaedah analisis untuk menentukan kelunturan dihuraikan. Kegunaan perincian perdagangan terhadap ujian ke atas minyak sawit mentah, yang dikenali sebagai DOBI, dibincangkan.