Applications of microwave technologies and their potential assimilation in the palm oil industry

Teknologi mikrogelombang digunakan dalam bidang telekomunikasi, sistem pengesanan-julatan dan penjanaan tenaga haba. Prinsip-prinsip dan contoh-contoh kegunaan dibentangkan. Penggunaan teknologi pemanasan mikrogelombang di beberapa bidang pemerosesan dianggap menarik dari sudut ekonomi dan alam sekitar kerana pemanasan tersebut terpilih, deras dan ianya adalah suatu proses yang kering. Teknologi ekstrasi pelarut mikrogelombang telah digunapakai dengan jayanya dalam teknik […]

Palm-based oleochemicals as inert ingredients in pesticide formulations

Bahan kimia agro memainkan peranan penting di dalam sektor pertanian. Dalam tahun 1995, pasaran bahan kimia agro di Malaysia adalah melebihi 289 juta ringit yang mana racun rumpai, racun serangga, racun kulat dan racun tikus adalah kira-kira 76%, 15%, 5% dan 4% daripada jumlah pasaran keseluruhan. Pada amnya, penyediaan formulasi racun perosak mengandungi dua komponen […]

A planned approach towards future development of oil palm smallholders in Malaysia

Sektor pekebun kecil persendirian sawit perlu dibangunkan secara lebih terancang bagi memastikan bahawa pendapatan yang didapati dari komoditi ini adalah berpadanan dan sejaJar dengan perkembangan ekonomi negara ke arah status perindustrian. Walaupun Dasar Pertanian Negara 1992-2010 membayangkan bahawa sektor pekebun kecil persendirian akan lenyap melalui penggabungan kebun-kebun kecil, namun dengan berdasarkan peratus perkembangan semasa, sektor […]

The effects of physical characteristics of aluminium pole on the harvesting productivity of tall palms

Empat model galah aluminium, setiap satunya sepanjang 15 meter, telah diuji bagi menilai kesan ciri-ciri fizikal galah ke atas produktiuiti bagi penuaian pokok tinggi (&gt, 12m). Ciri-ciri fizikal ini terdiri dari dimensi galah (diameter dan ketebalan), bentuk dan panjang galah. Kesan ciri-ciri fizikal ini ke atas berat galah, lenturan, daya mengangkat dan momen telah diperhatikan. […]

Efficient rooting of oil palm in vitro plantlets using double-layer technique

Pengeluaran anak pokok kultur tisu kelapa sawit memerlukan penggunaan tenaga pekerja yang tinggi kerana ia melibatkan manipulasi ramet secara satu persatu terutama dalam peringkat perkembangan pucuk, pengakaran dan pengubahannya ke semaian. Teknik dwi-lapisan atau penuangan media cecair terus ke kultur pucuk yang sedang membesar untuk menggalakkan pengakaran telah dapat meningkatkan hasil kerJa dalam peringkat ini […]

Empty fruit bunch mulching and nitrogen fertilizer amendment : the resultant effect on oil palm performance and soil properties

Kilang minyak sawit menghasilkan bahan sampingan iaitu tandan buah kosong (TBK) yang banyak dan kebiasaannya dibakar. Amalan pembakaran dilarang oleh Jabatan Alam Sekitar di bawah Akta Udara Bersih. Oleh itu, penggunaan bahan sampingan ini memerlukan kaedah yang baru. Penggunaan TBK sebagai sungkupan di ladang sawit merupakan salah satu cara yang sesuai dalam penggunaan semula tandan […]

Survey of the chemical and physical characteristic of some commercial Malaysian palm glycerin

Pengilang-pengilang Malaysia adalah berkemampuan menghasilkan gliserin berkualiti tinggi. Kebanyakan gliserin yang dihasilkan oleh pengilang Malaysia adalah mudah ditakrifkan dengan ketulenan yang konsisten. Semua sampel yang dikaji mempunyai ketulenan melebihi 99% dan oleh yang demikian boleh dikelaskan sebagai gliserin bergred halus, memenuhi piawaian ‘United State Pharmacopoeia (USP) atau European Pharmacopoeia (PH.Eur)’. Berkenaan dengan parameter kualiti seperti […]

Expected Malaysian palm oil production in 1999 and factors for the low production in 1998

Pengeluaran minyak sawit Malaysia pada tahun 1998 dijangka berada di paras yang rendah iaitu 8.3-8.5 juta tan berbanding dengan 9.057 juta tan pada tahun lepas. Ini bermakna pengeluaran telah merosot sebanyak 6% – 8%. Kemerosotan ini adalah yang paling serius dalam tempoh 15 tahun ini. Kemerosotan yang serius ini mungkin disebabkan oleh tiga faktor. Pertama, […]

PORIM oil palm planting materials

Institiut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawti Malaysia(PORIM)mempunyai jumlah bahan genetik kelapa sawit (Elaeis guineensis) yang besar. Kebanyakan daripada populasi biakbaka Deli duradantenera/pisifera tersebut telah diwarisi dari Jabatan Pertanian (DOA),yang dikumpul sejak 1920an. Takungan gen kelapa sawit PORIM telah diperkauakan melalui misi-misi pengumpulan germplasma di hutan belantara Afrika sejak 1973. Bahan-bahan yang terkumpul, samada yang telah dibangunkan […]