PORIM oil palm planting materials

Institiut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawti Malaysia(PORIM)mempunyai jumlah bahan genetik kelapa sawit (Elaeis guineensis) yang besar. Kebanyakan daripada populasi biakbaka Deli duradantenera/pisifera tersebut telah diwarisi dari Jabatan Pertanian (DOA),yang dikumpul sejak 1920an. Takungan gen kelapa sawit PORIM telah diperkauakan melalui misi-misi pengumpulan germplasma di hutan belantara Afrika sejak 1973. Bahan-bahan yang terkumpul, samada yang telah dibangunkan atau yang masih liar, telah dikaji, dimajukan dan dibiakkan. Kini, PORIM mempunyai lebih daripada 300ha blok dura, yang sebahagiannya adalah untuk pajakan. Dengan koleksi yang besar, PORIM telah berupaya untuk membiak dan memilih pokok yang terbaik untuk pengeluaran bahan tanaman dura x pisifera(DxP). Generasi pertama DxP yang dihasilkan ialah Deli x AVROS, yang terkenal dengan hasil tinggi sejak di peringkat awal penanaman dan perahan minyak yang tinggi. Selain itu, bahan germplasma PORIM-Nigeria telah dipilih ciri-ciri istimewa bagi membentuk bahan tanaman generasi baru untuk keperluan industri. Bahan-bahan elit ini ialah PORIM Siri I (PSI) untuk pengeluaran hasil tinggi dan kerdil, PORIM Siri 2 (PS2) untuk nilai iodin yang tinggi dan PORIM Siri3 (PS3) untuk hasil isirong yang tinggi. Bahan-bahan ini dijangka akan dapat mengekalkan tahap dayasaing industri sawit Malaysia.

Releated

Minor components of palm oil

Minyak sawit mentah mengandungi banyak komponen surih yang mustahak seperti karoten, vitamin E, sterol, squalene, phospholipid dan ubiquinone. Walaupun komponen ini hanya 1% tetapi nilainya tinggi. Kebanyakannya dimusnah atau dikeluar dari minyak sawit dalam proses penapisan. Ini merugikan industri sebab komponen surih ini boleh dipulih. Beberapa komponen ini mempunyai ciri mustahak dalam bidang perubatan dan […]

The effect of design parameters on force and energy requirements for cutting oil palm frond

Satu kajian telah dijalankan bertujuan untuk mengkaji kesan rekabentuk pisau pemotong, sudut potongan dan tahap kematangan pelepah ke atas daya memotong (FOCSA) dan juga tenaga memotong (ENCSA) yang diperlukan untuk memotong pelepah sawit. Dua rekabentuk pisau telah diuji, (i) pemotong berbentuk sabit, dan (ii) pemotong berbentuk gunting. Sudut potongan dikaji pada kedudukan 45°, 60°dan 90°, […]