Empty fruit bunch mulching and nitrogen fertilizer amendment : the resultant effect on oil palm performance and soil properties

Kilang minyak sawit menghasilkan bahan sampingan iaitu tandan buah kosong (TBK) yang banyak dan kebiasaannya dibakar. Amalan pembakaran dilarang oleh Jabatan Alam Sekitar di bawah Akta Udara Bersih. Oleh itu, penggunaan bahan sampingan ini memerlukan kaedah yang baru. Penggunaan TBK sebagai sungkupan di ladang sawit merupakan salah satu cara yang sesuai dalam penggunaan semula tandan kosong dari kilang. Satu percubaan dilakukan untuk mengkaji penggunaan TBK sebagai sungkupan di ladang sawit. Percubaan dilakukan kepada pokok sawit berumur tujuh tahun di atas tanah siri Rengam (Typic paleudult). Rawatan kajian ialah tiga kadar sungkupan iaitu 30, 60 dan 90t/ha/t TBK. Kesan penambahan baja nitrogen ke atas sungkupan juga dikaji. Sungkupan dengan TBK didapati meningkatkan kesuburan tanah dari segi fizikal dan kimia tanah serta menggalakkan pertumbuhan akar. Penambahan baja nitrogen ke atas sungkupan TBK tidak memberi kesan ke atas kadar pereputan TBK. Kadar sungkupan yang optimum ialah 60t/ha/t TBE tanpa penambahan baja nitrogen. Dengan harga buah sawit RM 250/t, pendapatan tambahan sejumiah RM350.00/ha boleh didapati apabila sungkupan TBK diamalkan berbanding dengan kaedah pembajaan yang biasa diamalkan oleh ladang.

Releated

Expected Malaysian palm oil production in 1999 and factors for the low production in 1998

Pengeluaran minyak sawit Malaysia pada tahun 1998 dijangka berada di paras yang rendah iaitu 8.3-8.5 juta tan berbanding dengan 9.057 juta tan pada tahun lepas. Ini bermakna pengeluaran telah merosot sebanyak 6% – 8%. Kemerosotan ini adalah yang paling serius dalam tempoh 15 tahun ini. Kemerosotan yang serius ini mungkin disebabkan oleh tiga faktor. Pertama, […]

Survey of the chemical and physical characteristic of some commercial Malaysian palm glycerin

Pengilang-pengilang Malaysia adalah berkemampuan menghasilkan gliserin berkualiti tinggi. Kebanyakan gliserin yang dihasilkan oleh pengilang Malaysia adalah mudah ditakrifkan dengan ketulenan yang konsisten. Semua sampel yang dikaji mempunyai ketulenan melebihi 99% dan oleh yang demikian boleh dikelaskan sebagai gliserin bergred halus, memenuhi piawaian ‘United State Pharmacopoeia (USP) atau European Pharmacopoeia (PH.Eur)’. Berkenaan dengan parameter kualiti seperti […]