A lysimetric study on the effect of N and P fertilizer application on decomposition and nutrient release of oil palm empty fruit bunches

Masakini, tandan kosong kelapa sawit (EFB), satu hasil sampingan utama perkilangan minyak sawit, digunakan semula sebagai sungkupan di ladang kelapa sawit. Satu percubaan menggunakan mini-lisimeter (55 cm garispusat dan 22 cm tinggi) telah dijalankan untuk mengkaji kesan penambahan baja N dan P ke atas pereputan EFB dan pembebasan nutrien. Mini-lisimeter diisikan dengan tanah atasan (Typic […]

Production of palm-based ice cream

Minyak dan lemak sayuran telah diguna dengan meluas di dalam pembuatan ais krim dan diizinkan oleh peraturan tempatan. Dalam pembuatan ais krim secara tradisi, hanya 1emak susu yang digunakan tetapi sekarang lemak susu telah digantikan dengan lemak sayuran. Lemak sayuran yang diguna biasanya 100% lemak dan boleh termasuk minyak sawit, minyak isirong sawit, minyak kelapa […]

Economic feasibility of palm-based salad dressings production

Kuah salad (salad dressings) merupakan sejenis emulsi yang diperbuat dari minyak sayuran dan amat terkenal di negara Barat. la adalah suatu produk yang baru di kalangan masyarakat tempatan dan selalunya dihidangkan di hotel-hotel, rumah- rumah kelab dan restoran makanan segera. Kebanyakan kuah salad di pasaran tempatan diimport dari luar negera tetapi terdapat juga kuah salad […]

Ecotoxicological evaluation of substances in the environment : A review

Bahan-bahan toksik seperti logam berat, bahan organik dan bukan organik hasil dari buangan industri dan domestik yang tidak terurai akan menimbulkan banyak kesan yang tidak diingini hepada alam sekitar. Bahan-bahan buangan ini dilepaskan ke alam sekitar melalui loji rawatan kumbahan atau dibuang terus ke dalam sungai. Kertas ini akan membincangkan kesan bahan-bahan buangan ini ke […]

Project appraisal using data analysis and simulation (DASI) programme: A hypothetical case study

Kertas kerja ini bertujuan untuk menilai keupayaan program berkomputer ‘Data Analysis and Simulation (DASI)’ dalam menjalankan analisis ekonomik dan kajian kemungkinan keatas projek perladangan kelapa sawit. Satu kajian kes berdasarkan data dan maklumat sekunder digunakan untuk menilai keupayaan program ini. Didapati kaedah simulasi ini sangat cekap dan dapat menjimatkan masa pemprosesan data untuk menentukan kepekaan […]

Factors inhibiting rate of mechanisation in oil palm estates

Faktor-faktor yang menghalang proses mekanisasi di ladang-ladang kelapa sawit dikenalpasti dalam enam jenis operasi. lanya adalah pemotongan BTS, pengangkutan BTS dalam ladang, pemunggahan BTS dari platform, merumput, pembajaan dan pengawalan serangga perosak dan penyakit. Adalah didapati bahawa terdapat lima sebab yang paling utama: ketiadaan peralatan yang sesuai, ketidaksesuaian bentuk mukabumi, kekurangan insentif, kekurangan kemahiran manusia, […]

Recent progress on research and development on peat for oil palm

Makalah ini membincangkan kemajuan terkini kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan tanah gambut yang dijalankan oleh PORIM. Perbincangan adalah berdasarkan kepada keputusan yang diperolehi daripada tiga projek agronomi yang sedang berjalan mengenai teknik menyediakan tanah, kepadatan tanaman dan keperluan baja oleh sawit di tanah gambut. Keputusan yang diperolehi telah mengesahkan beberapa penemuan terdahulu dan menambahkan lebih maklumat […]

Expected Malaysian palm oil production in 1997 and some notes on the 1996 estimation

Pengeluaran minyak sawit Malaysia pada 1997 dijangka mencecah 8.8 juta tan metrik atau mungkin lebih kerana puncak kitaran pernghasilan dijangka tahun ini. Pengeluaran buah tandan segar dan minyak sawit mentah, serta jumlah kawasan yang ditanam dengan sawit di Malaysia Timur telah dilaporkan kurang dari yang sepatutnya, terutama pada tahun-tahun awal. Ini, ditambah pula oleh kurangnya […]

Milling cost of oil palm fresh fruit bunches : A medium term scenario

Satu kajian kes yang melibatkan tiga buah kilang sawit bagi tempoh jangkamasa sederhana 1992-1995 telah menunjukkan bahawa kos purata pemprosesan buah tandan segar (BTS) bagi tempoh tersebut didapati stabil pada paras RM21.00 bagi satu tan BTS. Keadaan ini berlaku walaupun kos operasi tahunan bagi kilang sawit tersebut telah meningkat sebanyak 19% dari RM2.40 juta pada […]