Efficient rooting of oil palm in vitro plantlets using double-layer technique

Pengeluaran anak pokok kultur tisu kelapa sawit memerlukan penggunaan tenaga pekerja yang tinggi kerana ia melibatkan manipulasi ramet secara satu persatu terutama dalam peringkat perkembangan pucuk, pengakaran dan pengubahannya ke semaian. Teknik dwi-lapisan atau penuangan media cecair terus ke kultur pucuk yang sedang membesar untuk menggalakkan pengakaran telah dapat meningkatkan hasil kerJa dalam peringkat ini sebanyak 17.5 kali ganda jika dibandingkan dengan teknik semasa di PORIM. Dengan itu, secara keseluruhan penggunaan operator kultur dalam satu-satu makmal pengeluaran dapat dikurangkan sebanyak 40.8%. Penggunaan bekas kultur yang dikurangkan dalam teknik ini juga menjimatkan ruang di bilik kultur serta tenaga pekerja yang menggendalikannya seperti penyediaan media, membasuh, melabel dan sebagainya.

Releated

The effects of physical characteristics of aluminium pole on the harvesting productivity of tall palms

Empat model galah aluminium, setiap satunya sepanjang 15 meter, telah diuji bagi menilai kesan ciri-ciri fizikal galah ke atas produktiuiti bagi penuaian pokok tinggi (&gt, 12m). Ciri-ciri fizikal ini terdiri dari dimensi galah (diameter dan ketebalan), bentuk dan panjang galah. Kesan ciri-ciri fizikal ini ke atas berat galah, lenturan, daya mengangkat dan momen telah diperhatikan. […]

A planned approach towards future development of oil palm smallholders in Malaysia

Sektor pekebun kecil persendirian sawit perlu dibangunkan secara lebih terancang bagi memastikan bahawa pendapatan yang didapati dari komoditi ini adalah berpadanan dan sejaJar dengan perkembangan ekonomi negara ke arah status perindustrian. Walaupun Dasar Pertanian Negara 1992-2010 membayangkan bahawa sektor pekebun kecil persendirian akan lenyap melalui penggabungan kebun-kebun kecil, namun dengan berdasarkan peratus perkembangan semasa, sektor […]