Palm-based oleochemicals as inert ingredients in pesticide formulations

Bahan kimia agro memainkan peranan penting di dalam sektor pertanian. Dalam tahun 1995, pasaran bahan kimia agro di Malaysia adalah melebihi 289 juta ringit yang mana racun rumpai, racun serangga, racun kulat dan racun tikus adalah kira-kira 76%, 15%, 5% dan 4% daripada jumlah pasaran keseluruhan. Pada amnya, penyediaan formulasi racun perosak mengandungi dua komponen utama, iaitu, bahan aktif, dan bahan lengai. Bahan aktif adalha bahan limia yang mengawal dan menghapus rumpai, serangga, kulat, tikus dna sebagainya. manakala, bahan lengai adalah bahan penambah yang tiada tindakbalas sebagai racun perosak, sebaliknya berfungsi sebagai bahan adjuvan kepada semburan, agen pembasah, agen penyerah, agen emulsi, pelarut, agen pembawa dan sebagainya. Pada masa sekarang telah ada perubahan ke atas bahan lengai iaitu dari terbitan minyak galian yang kurang mesra alam kepada bahan lengai dari terbitan minyak sayuran yang lebih mesra alam. Kertas ini membincangkan potensi bahan oleokimia terbitan dari bahan minyak sawit sebagai bahan lengai di dalam formulasi racun perosak.

Releated

Milling cost of oil palm fresh fruit bunches : A medium term scenario

Satu kajian kes yang melibatkan tiga buah kilang sawit bagi tempoh jangkamasa sederhana 1992-1995 telah menunjukkan bahawa kos purata pemprosesan buah tandan segar (BTS) bagi tempoh tersebut didapati stabil pada paras RM21.00 bagi satu tan BTS. Keadaan ini berlaku walaupun kos operasi tahunan bagi kilang sawit tersebut telah meningkat sebanyak 19% dari RM2.40 juta pada […]