Estimating ground CO2 flux and its components in a stand of oil palm

Gabungan kaedah pengukuran dan ‘modelling’ telah digunakan untuk menganggarkan sumbangan tanah dan timbunan pelepah sawit yang reput terhadap fluks karbon dioksida (CO2) pada paras tanah di kawasan tanaman sawit. Maklumat ini diperlukan untuk merumuskan jumlah keperluan karbon untuh sistem berkenaan. Penafasan tanah secara keseluruhan (iaitu penafasan mikrobial dan akar) telah diukur menggunakan perangkap CO2 dan […]

Guidelines on land application of palm oil mill effluent (POME)

Di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, efluen kilang minyak sawit (POME) perlu diolah sebelum dilupuskan ke sungai. Pengolahan dan penyaluran ke dalam sungai adalah satu amalan yang merugikan. Ini adalah kerana POME mengandungi bahan organik dan boleh dijadikan baja. Berdasarkan kepada kajian dan pengalaman, POME boleh dijadikan baja dan ini akan mengurangkan kos mengimport […]

Chlorophylls and vegetable oils

Kertas ini menyingkap semula pengetahuan masakini mengenai klorofil dan hasil degradasi klorofil seperti feofitin dalam minyak sayuran termasuk minyak sawit. Dibincangkan juga mengenai adanya sebatian seperti ini dalam minyak, fungsinya dalam kestabilan oksidatif minyak, paras proses oksidasi berlaku dan kaedah-kaedah yang ada untuk mengukurnya. Akhir sekali, peranan klorofil dan bahan-bahan berkaitan minyak sawit dibincangkan termasuk […]

Applications of laser techniques in oils and analysis

Kertas ini menghuraikan penggunaan teknik laser bagi tujuan menganalisis minyak dan lemak. Rangkai-kata ‘teknik laser’ didalam kertas ini bermaksud teknik-teknik dimana laser digunakan sebagai sumber irradiasi bagi mengkaji pendar fluor, serapan, reaksi fotokimia, sebaran cahaya, dan penderia jarak-jauh kimia. Potensi penggunaan teknik laser sangat luas dan amat bermanfaat.

Early performance of some tanzanian palms

EPA telah menanam 142 palma yang diperolehi daripada prospeksi dan koleksi PORIM di Tanzania pada tahun 1986. Pengukuran tampang pada tahun ketiga tidak menunjukkan sebarang palma yang boleh dibezakan dengan nyata daripada ciri seperti itu tetapi terdapat juga palma yang mempunyai pelepah yang ringan. Hasil FFB adalah berkadar purata seperti yang dijangka bagi bahan-bahan germaplasma. […]