Estimating ground CO2 flux and its components in a stand of oil palm

Gabungan kaedah pengukuran dan ‘modelling’ telah digunakan untuk menganggarkan sumbangan tanah dan timbunan pelepah sawit yang reput terhadap fluks karbon dioksida (CO2) pada paras tanah di kawasan tanaman sawit. Maklumat ini diperlukan untuk merumuskan jumlah keperluan karbon untuh sistem berkenaan. Penafasan tanah secara keseluruhan (iaitu penafasan mikrobial dan akar) telah diukur menggunakan perangkap CO2 dan kaedah analisis gas terus. Ianya berkurangan apabila jarak dari pokok sawit meningkat dan parasnya sangat tinggi di bawah timbunan pelepah berbanding dengan kawasan yang terbuka. Penafasan mikrobial tanah diperolehi dengan cara menolak penafasan akar, penafasan akar pula di kira dari pengukuran biomas akar, tambah bersih akar dan koefisien di antara penyelengaraan dan penafasan pertumbuhan. Pelepasan CO2 dari timbunan pelepah dikira menggunakan model dinamik. Fluks CO2 di permukaan tanah didapati menyumbang kepada asilimilasi pokok sawit pada waktu siang sebanyak 15%.

Releated

Chlorophylls and vegetable oils

Kertas ini menyingkap semula pengetahuan masakini mengenai klorofil dan hasil degradasi klorofil seperti feofitin dalam minyak sayuran termasuk minyak sawit. Dibincangkan juga mengenai adanya sebatian seperti ini dalam minyak, fungsinya dalam kestabilan oksidatif minyak, paras proses oksidasi berlaku dan kaedah-kaedah yang ada untuk mengukurnya. Akhir sekali, peranan klorofil dan bahan-bahan berkaitan minyak sawit dibincangkan termasuk […]