Early performance of some tanzanian palms

EPA telah menanam 142 palma yang diperolehi daripada prospeksi dan koleksi PORIM di Tanzania pada tahun 1986. Pengukuran tampang pada tahun ketiga tidak menunjukkan sebarang palma yang boleh dibezakan dengan nyata daripada ciri seperti itu tetapi terdapat juga palma yang mempunyai pelepah yang ringan. Hasil FFB adalah berkadar purata seperti yang dijangka bagi bahan-bahan germaplasma. Hasil yang tinggi telah dikenalpasti termasuk pisifera subur yang menghasilkan 180 kg dalam masa lapan bulan pertama pada tahun ketiga ia mengeluarkan hasil. Tandan yang terlalu berat (&gt, 20kg) juga diperoleh dalam koleksi tersebut. Duramungkin mempunyai M/F lebih daripada 60% dan banyak lagi yang dapat dibandingkan dengan Deli dura, dengan itu berguna untuk pembiakan masa depan.

Releated

Applications of laser techniques in oils and analysis

Kertas ini menghuraikan penggunaan teknik laser bagi tujuan menganalisis minyak dan lemak. Rangkai-kata ‘teknik laser’ didalam kertas ini bermaksud teknik-teknik dimana laser digunakan sebagai sumber irradiasi bagi mengkaji pendar fluor, serapan, reaksi fotokimia, sebaran cahaya, dan penderia jarak-jauh kimia. Potensi penggunaan teknik laser sangat luas dan amat bermanfaat.