The effect of design parameters on force and energy requirements for cutting oil palm frond

Satu kajian telah dijalankan bertujuan untuk mengkaji kesan rekabentuk pisau pemotong, sudut potongan dan tahap kematangan pelepah ke atas daya memotong (FOCSA) dan juga tenaga memotong (ENCSA) yang diperlukan untuk memotong pelepah sawit. Dua rekabentuk pisau telah diuji, (i) pemotong berbentuk sabit, dan (ii) pemotong berbentuk gunting. Sudut potongan dikaji pada kedudukan 45°, 60°dan 90°, manakala tiga tahap kematangan pelepah telah digunakan sebagai sampel ujian.

Ujikaji yang dijalankan menunjukkan bahawa rekabentuk pisau pemotong, sudut potongon, tahap kematangan pelepah dan juga gabungan di antara rekabentuk pisau pemotong dan sudut potongan memberikan kesan yang nyata ke atas FOCSA dan ENCSA. Didapati FOCSA maksimum untuk pemotong berbentuk sabit adalah 12.2kg/cm2, manakala bagi pemotong berbentuk gunting pula adalah 22.9kg/cm2. ENCSA maksimum adalah 65.4kg-cm/cm2 dan 115.5kg-cm/cm2bagi pemotong berbentuk sabit dan berbentuk gunting, masing-masing. Ini menunjukkan bahawa pemotong berbentuk sabit memerlukan hanya 46% FOCSA dan 43% ENCSA berbanding kuantiti yang diperlukan oleh pemotong berbentuk gunting. Peningkatan sudut potongan dan kematangan pelepah akan meningkatkan FOCSA dan ENCSA dalam operasi pemotongan.

Releated

Minor components of palm oil

Minyak sawit mentah mengandungi banyak komponen surih yang mustahak seperti karoten, vitamin E, sterol, squalene, phospholipid dan ubiquinone. Walaupun komponen ini hanya 1% tetapi nilainya tinggi. Kebanyakannya dimusnah atau dikeluar dari minyak sawit dalam proses penapisan. Ini merugikan industri sebab komponen surih ini boleh dipulih. Beberapa komponen ini mempunyai ciri mustahak dalam bidang perubatan dan […]

Properties of boiler fly ash from various palm oil mills

Ciri-ciri fizik dan kerencaman kimia bagi abu terbang dari beberapa dandang kilang sawit dilaporkan di dalam kertas kerja ini. Sebanyak sepuluh sampel telah diambil untuk penganalisaan. Kajian terhadap taburan saiz zarah telah dibuat melalui analisis ayak. Keputusan menunjukkan saiz zarah adalah dalam lingkungan kurang dari 20pm hingga melebihi 20OOpm. Kandungan unsur-unsur zat makanan dan logam […]