Properties of boiler fly ash from various palm oil mills

Ciri-ciri fizik dan kerencaman kimia bagi abu terbang dari beberapa dandang kilang sawit dilaporkan di dalam kertas kerja ini. Sebanyak sepuluh sampel telah diambil untuk penganalisaan. Kajian terhadap taburan saiz zarah telah dibuat melalui analisis ayak. Keputusan menunjukkan saiz zarah adalah dalam lingkungan kurang dari 20pm hingga melebihi 20OOpm. Kandungan unsur-unsur zat makanan dan logam telah dikaji menggunakan alat spektrofotometer penyerapan atom. Ini termasuk unsur-unsur N, P, K, Mg, Ca, Cu, Zn and Fe. Analisa mendapati kesemua sampel abu terbang mengandungi unsur-unsur tersebut. Kandungan unsur Fe didapati agak tinggi di dalam semua sampel abu terbang.

Releated

The effect of design parameters on force and energy requirements for cutting oil palm frond

Satu kajian telah dijalankan bertujuan untuk mengkaji kesan rekabentuk pisau pemotong, sudut potongan dan tahap kematangan pelepah ke atas daya memotong (FOCSA) dan juga tenaga memotong (ENCSA) yang diperlukan untuk memotong pelepah sawit. Dua rekabentuk pisau telah diuji, (i) pemotong berbentuk sabit, dan (ii) pemotong berbentuk gunting. Sudut potongan dikaji pada kedudukan 45°, 60°dan 90°, […]

PORIM oil palm planting materials

Institiut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawti Malaysia(PORIM)mempunyai jumlah bahan genetik kelapa sawit (Elaeis guineensis) yang besar. Kebanyakan daripada populasi biakbaka Deli duradantenera/pisifera tersebut telah diwarisi dari Jabatan Pertanian (DOA),yang dikumpul sejak 1920an. Takungan gen kelapa sawit PORIM telah diperkauakan melalui misi-misi pengumpulan germplasma di hutan belantara Afrika sejak 1973. Bahan-bahan yang terkumpul, samada yang telah dibangunkan […]