Economic analysis of beef cattle integration in mature oil palm

Lembu yang sering dianggap sebagai perosak kepada tanaman sawit boleh digunakan sebagai agen kawalan rumpai yang berkesan untuk tanaman matang. Kaedah integrasi lembu yang sistematik dengan menggunakan pagar elektrik mudah alih sebagai kawalan ternakan telah terbukti boleh menyesuaikan lembu di ladang sawit. Sistem ragutan bergilir yang diamalkan untuk kawalan rumpai boleh menyumbang kepada pencapaian matlamat program pengurusan perosak bersepadu. Pendekatan yang menyeluruh kepada integrasi yang sistematik boleh mengharmonikan kewujudan lembu di dalam sawit dan dalam masa yang sama ia adalah berdaya maju secara ekonomi. Sehingga tahun 1998, telah terdapat sebanyak 120 ladang dan 300 blok felda peneroka yang menternak sebanyak 71 838 ekor lembu dengan menggunakan kaedah yang sistematik. Dari pemerhatian yang dijalankan ke atas perladangan yang telah menjalankan integrasi, dua model ekonomi yang mengambil kira jangka masa sepuluh tahun telah dibina. Model-model tersebut ialah penternakan secara ibu-anak dan penternakan lembu penjantan sahaja. Dari model yang dibina, kadar pulangan dalaman yang diperolehi untuk penternakan ibu-anak ialah 73% dan untuk penjantan sahaja ialah 77%. Manakala kadar keberuntungan kosnya pula ialah 1.17 untuk ibu-anak dan 1.19 untuk penjantan sahaja pada kadar diskaun sebanyak 12%. Nilai semasa bersih yang diperolehi pada kadar diskaun yang sama untuk model ibu-anak ialah RM13,720 dan RM703,061 untuk model penjantan sahaja. Sistem integrasi yang sistematik ini patut dijalankan oleh pihak perladangan, selain dari menjadi matlamat dasar Kerajaan, ia juga berdaya maju dan boleh mapan.

Releated

Properties of boiler fly ash from various palm oil mills

Ciri-ciri fizik dan kerencaman kimia bagi abu terbang dari beberapa dandang kilang sawit dilaporkan di dalam kertas kerja ini. Sebanyak sepuluh sampel telah diambil untuk penganalisaan. Kajian terhadap taburan saiz zarah telah dibuat melalui analisis ayak. Keputusan menunjukkan saiz zarah adalah dalam lingkungan kurang dari 20pm hingga melebihi 20OOpm. Kandungan unsur-unsur zat makanan dan logam […]

PORIM oil palm planting materials

Institiut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawti Malaysia(PORIM)mempunyai jumlah bahan genetik kelapa sawit (Elaeis guineensis) yang besar. Kebanyakan daripada populasi biakbaka Deli duradantenera/pisifera tersebut telah diwarisi dari Jabatan Pertanian (DOA),yang dikumpul sejak 1920an. Takungan gen kelapa sawit PORIM telah diperkauakan melalui misi-misi pengumpulan germplasma di hutan belantara Afrika sejak 1973. Bahan-bahan yang terkumpul, samada yang telah dibangunkan […]