Mitosis in Elaeis Guineensis Jacq race Deli Dura

Proses mitosis yang lengkap dalam Elaeis guineensis Jacq. telah dikaji, dengan menggunakan hujung akar yang tumbuh. Oleh kerana kromosom Elaeis sangat kecil dan ianya melekat sesama sendiri, maka kajian terperinci ke atas proses mitosis tidak dapat dibuat denan sempurna. Hujung akar yang tumbuh diberi prarawatan dengan colchicine pada beberapa paras sukatan dan dalam jangka masa […]

Palynological studies in the genus Elaeis under the scanning electron mircoscope

Kedua-dua spesies genus Elaeis, iaitu, E. oleifera (HBK) Cortes dan E. guineensis Jacq. bersama-sama dengan rasnya Deli Dura, Pisifera dan hibrid kedua-dua ras ini Tenera, bermantel dan hibrid terbuka telah dikaji dari segi perincian debunga dan perbezaan genetiknya. Dari ini, didapati perbezaan genetik yang cukup bagi membezakan kesemua genotip ini hanya berasaskan kepada butir debunganya […]

Technology for incorporating palm oil in vanaspati

Minyak sawit adalah salah satu dadpada beberapa minyak sayuran yang digunakan untuk membuat vanaspati. Walau bagaimanapun terdapat beberapa masalah bila lebih minyak sawit digunakan. Masalahnya dihuraikan. Juga diterangkan ialah bagaimana penggunaan teknologi dapat mengatasi masalah ini.

The effect of different methods of placement and frequency of application of fertilizer to oil palm on an inland soil in Peninsular Malaysia

Kajian yang membandingkan penggunaan baja bagi pokok kelapa sawit di tempat-tempat yang berlainan di sekitar pokok dan pada kekerapan yang berbeza telah dilakukan pada tanah darat di Malaysia. Bila pokok berumur 7-9 tahun, dan baja hanya dibubuh sekali saja dalam setahun, hasil yang terbanyak boleh didapati bila baja N dibubuh di bulatan kemasan rumpai dan […]

Thermal analysis of palm oil and other oils

Kalorimetri pengiaman pembezaan (DSC) adalah salah satu cara yang digunakan untuk menentukan ciri, juga untuk mengkaji sifat-sifat fizikal minyak dan lemaak. Sifat fizikal adalah penting kerana ia mempengaruhi kegunaan akhir minyak dan lemak. Makalah ini menghuraikan penggunaan DSC pada minyak dan lemak, terutama minyak sawit. Kaedah menyukat dan kajian minyak sawit bagi satu tempoh simpan […]

Review of sampling devices approved by International/National Standards Organisation

Makalah ini menghuraikan tentang alat-alat menyampel yang disenarai dan diluluskan oleh badan-badan antarabangsa dan kebangsaan, berhubung dengan prosedur menyampelnya yang diluluskan. Secara umum alat menyampel boleh dikelaskan sebagai penyampel ‘core'(banyak) dan penyampel zon. Bagi tangki yang besar seperti tangki kapal atau tangki pelabuhan, penyampel zon digunakan manakala bagi bekas yang kecil seperti tong penyampel ‘core’ […]