Critical aspects of slip melting point measurements

Aspek penting mengenai ukuran paras titik lebur minyak seperti masa/waktu dan suhu, cara-cara pewajaan, cara menyediakan sampel, ukuran tinggi lemak di dalam salur rerambut dan saiz salur rerambut dibincangkan secara terperinci. Ketetapan cara dilaporkan dan juga cadangan-cadaugan yang dibuat untuk membaiki keputusan percubaan telah diberikan.

Technology for incorporating palm oil in vanaspati

Minyak sawit adalah salah satu dadpada beberapa minyak sayuran yang digunakan untuk membuat vanaspati. Walau bagaimanapun terdapat beberapa masalah bila lebih minyak sawit digunakan. Masalahnya dihuraikan. Juga diterangkan ialah bagaimana penggunaan teknologi dapat mengatasi masalah ini.

The available water holding capacity of oil palm soils in Malaysia

Keupayaan menyimpan air 100 jenis tanah dari kawasan percubaan baja di Semenanjung Malaysia telah ditentukan. Kelembapan yang ada pada field capacity'(F.C.) ditentukan melalui ‘direct sampling’, sementara kelembapan yang ada pada ‘permanent wilting point’ (P.W.P.) diukur dimakmal dengan menggunakan alat plat tekanan. Perbezaan di antara kedua-dua ukuran dijadikan sebagai keupayaan menyimpan air. Air yang disimpan di […]

Commercial aspects of palm stearin utilization

Dalam tahun 1982, Malaysia mengeksport 0.5 juta tan stearin. Kuantiti ini menunjukkan yang stearin telah menjadi satu barangan eksport yang utama dan ia tidak boleh lagi dianggap sebagai bahan sampingan pengeluaran olein. Bekalan stearin juga adalah setanding dengan bekalan minyak haiwan. Makalah ini menghuraikan tentang pengeluaran, kuatiti, harga dan juga aspek ekonomi stearin.

Analysis of fatty acid composition (FAC) in Elaeis guineensis, Elaeis oleifera, their hybrids and its implication in breeding

Minyak sawit yang ada masakini digunakan di dalam bahan-bahan di mana kandungan pepejalnya hendaklah pada suhu bilik. Dengan bertambahnya penggunaan minyak sawit di pasaran dunia, maka adalah berfaedah jika minyak sawit yang lebih cair diperolehi. Olein dari kelapa sawit yang dikacuk boleh digunakan di negara-negara ‘temperate’. Penyelidikan pembiakan hendaklah ditumpukan kepada peningkatan asid oleik dengan […]

Pattern of variation of fruit set and fruit components in Elaeis oleifera (HBK) Cortes bunches

Variasi pada tandan-tandan buah Elaeis oleifera dikaji dengan menganalisis secara terperinci dua belas babagian tandan dari dua puluh tandan masak. Pada keseluruhannya, babagian atas tandan mempunyai lebih buah serta mutu yang lebih tinggi. Peratus kandungan isirong adalah lebih tinggi pada bahagian tandan yang paling bawah. Buah-buah pada bahagian luar pada tiap-tiap spikelet adalah juga lebih […]

Palm oil products: quality and users’ needs

Mutu dan keperluan pengguna merupakan tajuk bagi seminar satu hari pada bulan Januari 1982 anjuran PORIM sebagai memenuhi permintaan dari PORAM. Penceramah-penceramah terdiri dari pagawai-pegawai dari dua Bahagian PORIM: (i) Kegunaan Akhir dan Khidmat Nasihat Teknikal dan (ii) Kimia dan Teknologi. Ini adalah laporan persidangan tersebut termasuk perbincangan oleh para peserta.