Volatilisation losses of nitrogen from urea applied to Malaysian soils 1.Effect of application rate and the admixture of other fertilisers

Satu kaedah makmal yang mudah bagi menentukan angkujuk kehilangan peruwapan N dari urea yang dibubuh pada tanah telah dapat dicipta. Keputusan yang didapati dari tanah siri Bungor (orthoxic tropudult) menunjukkan bahawa peratus kehilangan peruwapan N adalah tetap sehingga kadar urea 25 g m-2, tetapi bertambah apabila kadarnya bertambah. Campuran kieserite atau triple superphosphate pada kadar yang lebih dari separuh kadar urea akan mengurangkan kehilangan peruwapan N, sementara batu kapur magnesium halus atau kapur pertanian bila dibubuh pada kadar yang sama seperti urea akan menambahkan kehilangan sedikit. Sulphate of ammonia akan menambah kehilangan peruwapan N hanya bila dibubuh dengan urea pada kadar yang tinggi. Christmas Island Rock Phosphate, muriate of potash and nitro-26 tidak memberi kesan yang nyata.

Releated

Review of sampling devices approved by International/National Standards Organisation

Makalah ini menghuraikan tentang alat-alat menyampel yang disenarai dan diluluskan oleh badan-badan antarabangsa dan kebangsaan, berhubung dengan prosedur menyampelnya yang diluluskan. Secara umum alat menyampel boleh dikelaskan sebagai penyampel ‘core'(banyak) dan penyampel zon. Bagi tangki yang besar seperti tangki kapal atau tangki pelabuhan, penyampel zon digunakan manakala bagi bekas yang kecil seperti tong penyampel ‘core’ […]