The determination of oil palm fertilizer requirements in Peninsular Malaysia Part I: Monitoring nutrient status

Bahan-bahan contoh tanah dan daun yang sangat berguna telah dipertimbangkan dan dirumuskan bahawa pada masa sekarang hanya satu cara praktikal untuk menentukan kedudukan khasiat kelapa sawit ialah melalui contoh-contoh daun-daun muda dan pelepah 17. Walaubagaimana pun kadar khasiat daun yang berpadanan dengan perolehan maksima agak luas berbeza dari satu tempat ke satu tempat disebabkan perbezaan […]

Some aspects of the market development for palm oil in the Middle East

Tujuan makalah ini ialah untuk menonjolkan beberapa aspek mengenai perkembangan pasaran untuk minyak kelapa sawit di Timur Tengah. Satu lawatan ke Kuwait, Saudi Arabia, Mesir dan Turki telah dibuat dan berjaya memastikan corak penggunaan minyak-minyak dan lemak-lemak dan menonjolkan prospek dan masalah terhadap minyak kelapa sawit Malaysia. Negara-negara tersebut telah pun dikenalkan sebagai pasaran minyak […]

Correlation between vegetative characters in the Nigerian oil palm population

Tiga belas sifat-sifat tampang telah diukur pada populasi kelapa sawit dari Nigeria yang telah ditanam di Kluang. Kesemua tiga belas sifat-sifat ini ada hubungan secara positif diantara satu sama lain pada peringkat populasi, famili dan biji-benih. Walau bagaimana pun pengeluaran pelepah didapati mempunyai hubungan negatif dengan sifat-sifat yang lain pada peringkat populasi. Analisa ‘covariance’ telah […]

Palm Oil Familiarization Programme – A TAS Approach

The First Palm Oil Familiarization programme was held from 21st February to 2nd March, 1982. The aim is to provide participants with technical information on palm oil/oil palm products, applications and appropriate handling procedures. Twelve guest-participants for the inaugural programme were invited. The ten-day progamme exposed the participants to the whole spectrum of palm oil […]

Anaerobic digestion of palm oil mill effluent

Penghadaman secara penapaian tanpa oksijan adalah satu cara yang sangat luas digunakan uutuk memproses effluen kilang minyak kelapa sawit di Malaysia. Kejayaan operasi penghadaman secara penapaian tanpa oksijan adalah bergantung kepada kefahaman proses teknologi. Rencana ini membincangkan secara ringkas asas-asas alat penghadaman, faktor-faktor yang mempengaruhi penghadaman dan perkara-perkara yang mengawal alat penghadaman itu.

Anthesis and fruit set in Elaeis Oleifera (HBK) Cortes

Elaeis oleifera, satu jenis kelapa sawit dari Amerika Tengah dan Selatan mempunyai beberapa ciri agronomi yang berfaedah. Sifat-sifat ini boleh dipindahkan melalui kacukan dan kacukan keasal, kepada kelapa sawit biasa, E. guineensis. Pengetahuan mengenai pembiakan jenis E. oleifera adalah terhad walaupun ianya penting untuk kejayaan pembaikbiakan. Suatu siri percubaan mengkaji aspek-aspek pembiakan biologi telah dimulakan […]

Critical aspects of slip melting point measurements

Aspek penting mengenai ukuran paras titik lebur minyak seperti masa/waktu dan suhu, cara-cara pewajaan, cara menyediakan sampel, ukuran tinggi lemak di dalam salur rerambut dan saiz salur rerambut dibincangkan secara terperinci. Ketetapan cara dilaporkan dan juga cadangan-cadaugan yang dibuat untuk membaiki keputusan percubaan telah diberikan.

Analytical quality control in palm oil mill effluent laboratory

Satu daripada tanggungjawab asas makmal pembuangan kilang kelapa sawit ialah menghasilkan data yang nyata dan lengkap untuk pengawalan prosesan dan membuat keputusan. Rencana ini membincangkan sebahagian daripada faktor-faktor asas yang menyebabkan pengambilan mutu POME dan memberi cadangan-cadangan untuk mengawal faktor ini bagi memastikan keputusan analisa yang baik.