Analytical quality control in palm oil mill effluent laboratory

Satu daripada tanggungjawab asas makmal pembuangan kilang kelapa sawit ialah menghasilkan data yang nyata dan lengkap untuk pengawalan prosesan dan membuat keputusan. Rencana ini membincangkan sebahagian daripada faktor-faktor asas yang menyebabkan pengambilan mutu POME dan memberi cadangan-cadangan untuk mengawal faktor ini bagi memastikan keputusan analisa yang baik.

Releated

Effects of composition of palm oil properties

Sifat-sifat minyak kelapa sawit adalah ditentukan oleh kandungan kimianya. Kandungan semulajadi minyak kelapa sawit mingikut kandungan asid lemak dan triglycerid diterangkan. Pembiakan pokok dan cara-cara memperoses seperti pemecahan, penghidrogenan dan interesterifikasi yang digunakan untuk mengubah kandungan minyak kelapa sawit dibincangkan mengikut hubungannya dengan sifat-sifat.

The determination of oil palm fertilizer requirements in Peninsular Malaysia Part I: Monitoring nutrient status

Bahan-bahan contoh tanah dan daun yang sangat berguna telah dipertimbangkan dan dirumuskan bahawa pada masa sekarang hanya satu cara praktikal untuk menentukan kedudukan khasiat kelapa sawit ialah melalui contoh-contoh daun-daun muda dan pelepah 17. Walaubagaimana pun kadar khasiat daun yang berpadanan dengan perolehan maksima agak luas berbeza dari satu tempat ke satu tempat disebabkan perbezaan […]