Recent progress on research and development on peat for oil palm

Makalah ini membincangkan kemajuan terkini kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan tanah gambut yang dijalankan oleh PORIM. Perbincangan adalah berdasarkan kepada keputusan yang diperolehi daripada tiga projek agronomi yang sedang berjalan mengenai teknik menyediakan tanah, kepadatan tanaman dan keperluan baja oleh sawit di tanah gambut. Keputusan yang diperolehi telah mengesahkan beberapa penemuan terdahulu dan menambahkan lebih maklumat yang mendalam mengenai kesan-kesan positif pemadatan gambut, kepadatan tanaman yang optimum dan pendekatan yang betul mengenai pembajaan sawit di hawasan tanah gambut. Penemuan terbaru mendapati bahawa penggunaan baja kapur semasa sawit muda memudaratkan penghasilan sawit. Mengenai pemakanan kalium, persamaan kadar abu tandan yang perlu digunakan adalah rendah dari apa yang difahami sekarang. Gambaran yang mendalam diberi mengenai insiden pokok sawit yang condong dan cadangan diberi mengenai cara mana mengawal masalah ini.

Releated

Expected Malaysian palm oil production in 1997 and some notes on the 1996 estimation

Pengeluaran minyak sawit Malaysia pada 1997 dijangka mencecah 8.8 juta tan metrik atau mungkin lebih kerana puncak kitaran pernghasilan dijangka tahun ini. Pengeluaran buah tandan segar dan minyak sawit mentah, serta jumlah kawasan yang ditanam dengan sawit di Malaysia Timur telah dilaporkan kurang dari yang sepatutnya, terutama pada tahun-tahun awal. Ini, ditambah pula oleh kurangnya […]

Factors inhibiting rate of mechanisation in oil palm estates

Faktor-faktor yang menghalang proses mekanisasi di ladang-ladang kelapa sawit dikenalpasti dalam enam jenis operasi. lanya adalah pemotongan BTS, pengangkutan BTS dalam ladang, pemunggahan BTS dari platform, merumput, pembajaan dan pengawalan serangga perosak dan penyakit. Adalah didapati bahawa terdapat lima sebab yang paling utama: ketiadaan peralatan yang sesuai, ketidaksesuaian bentuk mukabumi, kekurangan insentif, kekurangan kemahiran manusia, […]