Production of palm-based ice cream

Minyak dan lemak sayuran telah diguna dengan meluas di dalam pembuatan ais krim dan diizinkan oleh peraturan tempatan. Dalam pembuatan ais krim secara tradisi, hanya 1emak susu yang digunakan tetapi sekarang lemak susu telah digantikan dengan lemak sayuran. Lemak sayuran yang diguna biasanya 100% lemak dan boleh termasuk minyak sawit, minyak isirong sawit, minyak kelapa samada diguna secara sendirian atau campuran dengan minyak-minyak lain. Faktor yang mempengaruhi pengusaha ais krim mengubahsuai formulasi dengan menggunakan lemak sayuran adalah disebabkan oleh sifat-sifat lemak itu sendiri iaitu lebih stabil, konsisten dan harganya yang murah. Makalah ini memberi gambaran secara ringkas tentang pemprosesan ais krim dan sifat-sifatnya yang dihasilkan daripada minyak sawit berbanding dengan lemak susu.

Releated

Economic feasibility of palm-based salad dressings production

Kuah salad (salad dressings) merupakan sejenis emulsi yang diperbuat dari minyak sayuran dan amat terkenal di negara Barat. la adalah suatu produk yang baru di kalangan masyarakat tempatan dan selalunya dihidangkan di hotel-hotel, rumah- rumah kelab dan restoran makanan segera. Kebanyakan kuah salad di pasaran tempatan diimport dari luar negera tetapi terdapat juga kuah salad […]