Preliminary Study on the Treatment of Palm Oil Refinery Effluent Using a Horizontal Baffled Filter

Sebuah ‘horizontal baffled anaerobic’ (BAF) peringkat makmal dibina bagi mengkaji keupayaan mengolah sisa kilang minyak sawit pada suhu ambien. Kepingan kayu arang digunakan sebagai penapis. Isipadu kosongnya adalah kira-kira 60%. Sejumlah enam set kajian dilakukan yang mengambil masa 400 hari. Masa perolahan hidraulik (HRT) adalah antara urns dan 30 han dan beban BOD adalah antara […]

Collection of Oil Palm (Elaeis guineensis) Genetic Material in Tanzania and Madagascar

Bagi membesarkan asas gen pembiakbakaan kelapa sawit, beberapa penjelajahan dibuat bagi memungut bahan-bahan gen kelapa sawit. Penjelajahan yang terbaru ialah di Tanzania dan Madagascar yang kebanyakannya adalah populasi pinggir. Di Madagascar, pertumbuhan pokok, ciri (trait) tandan dan buab adalah kurang jika dibanding dengan bahan-bahan dari negara-negara lain. Sebaliknya pula, bahan-bahan dari Tanzania adalah setanding dengan […]

Potential biomass energy from palm oil industry

Minyak sawit dan minyak isirong sawit adalah dua barang dagangan dalam perusahaan minyak sawit. Bahan-bahan sampingan yang dihasilkan semasa memproses minyak sawit adalah dianggap sebagai sisa untuk dibuang. Kepentingan ekonomi bahan-bahan sampingan seperti sabut, tempurung, tandan kosong dan efluen kilang sawit selama ini telah diabaikan dan tidak digunakan. Memandangkan terdapat persaingan yang semakin meningkat dalam […]

Applications of protoplast technology

Istilah protoplas merujuk kepada semua komponen sel kecuali dinding sel. Pada tahun 1960 Cocking telah menyediakan protoplas daripada akar tomato melalui pencernaan enzim dan semenjak itu protoplas telah disediakan daripada beberapa jenis tisu. Sebagai sel tumbuhan tanpa dinding sel, protoplas merupakan bahan eksperimental bagi menjayakan penyelidikan tulen dan amali. Kemajuan teknologi protoplas dan faedah penggunaan […]

Note on a convenient method of access to young oil palm inflorescences

Satu kaedah yang memudahkan pengambilan jambak bunga kelapa sawit diperkenalkan. Kaedah ini juga menyenangkan sebahagian daripada kerja-kerja pendebungaan terkawal dalam proses pengeluaran biji benih. Secara prinsip, jak-jak hidrolik bimbit, yang telah diubahsuai digunakan untuk membuka atau membesarkan ruang di celah-celah pelepah. Ini akan memudahkan pengambilan jambak bunga muda, untuk kultura tisu umpamanya. Ruang yang lebih […]

Volatilisation losses of nitrogen from urea applied to Malaysian soils Effect of granular size and soil properties

Ujian makmal telah dibuat untuk membanding kehilangan pemerapan N dari baja urea berbagai saiz yang dibubuh pada beberapa jenis tanah di Malaysia. Adalah didapati bahawa dalam keadaan lembap bila mana butir-butir baja ini larut dengan cepat, saiz butir tidak banyak mempengaruhi pemeruapan N. Bagaimanapun, kehilangan pemeruapan N menurun dengan banyak dengan bertambahnya bahan organik tanah, […]

A brief note on vitamin E project at PORIM

Vitamin E boleh didapati dari PFAD dan daun kelapa sawit. Kedua-dua ini adalah hasil sampingan yang boleh didapati dengan banyak dari kilang penapis dan ladang kelapa sawit. Di samping menghasilkan pendapatan yang lebih, projek ini adalah salah satu projek yang mengeksploitasi penggunaan optimum bahan sampingan industri kelapa sawit Malaysia. Satu lagi faedah dari projek ini […]