Volatilisation losses of nitrogen from urea applied to Malaysian soils Effect of granular size and soil properties

Ujian makmal telah dibuat untuk membanding kehilangan pemerapan N dari baja urea berbagai saiz yang dibubuh pada beberapa jenis tanah di Malaysia. Adalah didapati bahawa dalam keadaan lembap bila mana butir-butir baja ini larut dengan cepat, saiz butir tidak banyak mempengaruhi pemeruapan N. Bagaimanapun, kehilangan pemeruapan N menurun dengan banyak dengan bertambahnya bahan organik tanah, tanah liat dan kandungan aluminium yang boleh diekstrak. Ini disebahkan oleh penjerapan ammonia terbebas oleh bahan organik dan tanah liat dan pertambahan sedikit pH setelah urea dibubuh kepada tanah yang kaya dengan aluminium yang boleh diekstrak.

Releated

Applications of protoplast technology

Istilah protoplas merujuk kepada semua komponen sel kecuali dinding sel. Pada tahun 1960 Cocking telah menyediakan protoplas daripada akar tomato melalui pencernaan enzim dan semenjak itu protoplas telah disediakan daripada beberapa jenis tisu. Sebagai sel tumbuhan tanpa dinding sel, protoplas merupakan bahan eksperimental bagi menjayakan penyelidikan tulen dan amali. Kemajuan teknologi protoplas dan faedah penggunaan […]

Note on a convenient method of access to young oil palm inflorescences

Satu kaedah yang memudahkan pengambilan jambak bunga kelapa sawit diperkenalkan. Kaedah ini juga menyenangkan sebahagian daripada kerja-kerja pendebungaan terkawal dalam proses pengeluaran biji benih. Secara prinsip, jak-jak hidrolik bimbit, yang telah diubahsuai digunakan untuk membuka atau membesarkan ruang di celah-celah pelepah. Ini akan memudahkan pengambilan jambak bunga muda, untuk kultura tisu umpamanya. Ruang yang lebih […]