Project appraisal using data analysis and simulation (DASI) programme: A hypothetical case study

Kertas kerja ini bertujuan untuk menilai keupayaan program berkomputer ‘Data Analysis and Simulation (DASI)’ dalam menjalankan analisis ekonomik dan kajian kemungkinan keatas projek perladangan kelapa sawit. Satu kajian kes berdasarkan data dan maklumat sekunder digunakan untuk menilai keupayaan program ini. Didapati kaedah simulasi ini sangat cekap dan dapat menjimatkan masa pemprosesan data untuk menentukan kepekaan […]

Ecotoxicological evaluation of substances in the environment : A review

Bahan-bahan toksik seperti logam berat, bahan organik dan bukan organik hasil dari buangan industri dan domestik yang tidak terurai akan menimbulkan banyak kesan yang tidak diingini hepada alam sekitar. Bahan-bahan buangan ini dilepaskan ke alam sekitar melalui loji rawatan kumbahan atau dibuang terus ke dalam sungai. Kertas ini akan membincangkan kesan bahan-bahan buangan ini ke […]

Economic feasibility of palm-based salad dressings production

Kuah salad (salad dressings) merupakan sejenis emulsi yang diperbuat dari minyak sayuran dan amat terkenal di negara Barat. la adalah suatu produk yang baru di kalangan masyarakat tempatan dan selalunya dihidangkan di hotel-hotel, rumah- rumah kelab dan restoran makanan segera. Kebanyakan kuah salad di pasaran tempatan diimport dari luar negera tetapi terdapat juga kuah salad […]

Production of palm-based ice cream

Minyak dan lemak sayuran telah diguna dengan meluas di dalam pembuatan ais krim dan diizinkan oleh peraturan tempatan. Dalam pembuatan ais krim secara tradisi, hanya 1emak susu yang digunakan tetapi sekarang lemak susu telah digantikan dengan lemak sayuran. Lemak sayuran yang diguna biasanya 100% lemak dan boleh termasuk minyak sawit, minyak isirong sawit, minyak kelapa […]

Efficient rooting of oil palm in vitro plantlets using double-layer technique

Pengeluaran anak pokok kultur tisu kelapa sawit memerlukan penggunaan tenaga pekerja yang tinggi kerana ia melibatkan manipulasi ramet secara satu persatu terutama dalam peringkat perkembangan pucuk, pengakaran dan pengubahannya ke semaian. Teknik dwi-lapisan atau penuangan media cecair terus ke kultur pucuk yang sedang membesar untuk menggalakkan pengakaran telah dapat meningkatkan hasil kerJa dalam peringkat ini […]

Expected Malaysian palm oil production in 1996 and observations on age effects in some oil palm yield components

Pengeluaran Minyak Sawit Mentah (MSM) Malaysia bagi tahun 1996 dijangka kekal pada 7.7-7.8 juta tan ataupun kurang. Pengeluaran statik yang tidak dijangka ini merupakan kesan taburan hujan yang tidak sekata di Semenanjung Malaysia pada tahun 1994 dan juga kesan kitaran buah sawit. Data yang diperolehi dari enam tempat selama 24 tahun jelas menunjukkan kesan umur […]

The effects of physical characteristics of aluminium pole on the harvesting productivity of tall palms

Empat model galah aluminium, setiap satunya sepanjang 15 meter, telah diuji bagi menilai kesan ciri-ciri fizikal galah ke atas produktiuiti bagi penuaian pokok tinggi (&gt, 12m). Ciri-ciri fizikal ini terdiri dari dimensi galah (diameter dan ketebalan), bentuk dan panjang galah. Kesan ciri-ciri fizikal ini ke atas berat galah, lenturan, daya mengangkat dan momen telah diperhatikan. […]

Contribution of palm oil value-added products to the Malaysian economy and the world

Pada tahun 1970, nilai ditambah minyak sawit hanya menyumbang RM143juta (0.68%) kepada KDNK negara. Pelaksanaan dasar-dasar ekonomi yang dinamik dan selanjar semenjak awal 1970an telah menyumbang kepada peningkatan nilai ditambah minyak sawit yang meningkat sebanyak 64 kali ganda kepada RM9143 juta pada tahun 1994, iaitu 8.36% daripada KDIVK negara. Namun demikian, negara-negara pengguna didapati meraih […]