Development of peat soil for oil palm planting in Malaysia – Johor Barat Agricultural Project as a case study

Kekurangan kawasan tanah yang sesuai di masakini telah menyebabkan penanam-penanam terpaksa menggunakan tanah yang kurang sesuai (seperti tanah gambut) bagi penanaman kelapa sawit. Terdapat lebih kurang 810,000 ha tanah gambut di Semenanjung Malaysia, 90,000 ha di Sabah dan 1.5 juta ha di Sarawak. Di kawasan projek pembangunan Pertanian Johor Barat terdapat kira-kira 70,000 ha tanah […]

Anthesis and fruit set in Elaeis Oleifera (HBK) Cortes

Elaeis oleifera, satu jenis kelapa sawit dari Amerika Tengah dan Selatan mempunyai beberapa ciri agronomi yang berfaedah. Sifat-sifat ini boleh dipindahkan melalui kacukan dan kacukan keasal, kepada kelapa sawit biasa, E. guineensis. Pengetahuan mengenai pembiakan jenis E. oleifera adalah terhad walaupun ianya penting untuk kejayaan pembaikbiakan. Suatu siri percubaan mengkaji aspek-aspek pembiakan biologi telah dimulakan […]

Analytical quality control in palm oil mill effluent laboratory

Satu daripada tanggungjawab asas makmal pembuangan kilang kelapa sawit ialah menghasilkan data yang nyata dan lengkap untuk pengawalan prosesan dan membuat keputusan. Rencana ini membincangkan sebahagian daripada faktor-faktor asas yang menyebabkan pengambilan mutu POME dan memberi cadangan-cadangan untuk mengawal faktor ini bagi memastikan keputusan analisa yang baik.

Collection of oil palm (Elaeis Oleifera) genetic material in Central and South America

Pengumpulan biji kelapa sawit Elaeis oleifera, yang berasal dari Amerika Selatan, telah dibuat dari Suriname, Colombia, Panama, Costa Rica, Nicaragua, Honduras dan Peru. Sebanyak 36 854 biji telah diperolehi dari 167 sampel yang dikumpul. Terdapat perbezaan di antara buah kelapa sawit dari Suriname jika dibandingkan dengan buah dari Colombia, Panama, Costa Rica, Nicaragua dan Honduras.

The effects of palm oil mill effluents on the charge characteristics of two weathered soils in Peninsular Malaysia

Efluen kilang minyak sawit mengandungi banyak N, P dan K. Membubuh efluen pada tanah telah menyebabkan pertambahan pH dan pengurangan pH0. Akibatnya ialah pertambahan cas tanah dan CEC. Pembubuhan efluen dengan kapur adalah cara yang paling berkesan bagi menambah cas negatif dan CEC tanah. Pertambahan pH tanah telah menyebabkan pengurangan yang ketara pada takat tepu […]

Palm oil as an alternative fuel for diesel engines

Minyak sawit (RBD olein) telah digunakan dalam kaji-enjin jangka pendek sebagai pengganti minyak dalam enjin diesel. Sifat-sifat minyak sawit ini telah disesuaikan dengan spesifikasi minyak bagi enjin diesel melalui kaedah ASTM dan BS. Sifat minyak sawit ini menyamai minyak diesel Gred 2, kecuali dari segi titik nyala, takat tuang dan kelikatan. Kajian menggunakan minyak sawit […]

Shortenings based on palm oil products

Lelemak digunakan sebagai bahan penggoreng, juga sebagai salah satu ramuan di dalam pembuatan beranika jenis kuihmuih. Lelemak berasaskan minyak sawit sangat sesuai digunakan untuk kedua-dua tujuan ini kerana ia sangat stabil. Rencana ini membincangkan tentang penggunaan minyak sawit di dalam formulasi lelemak, ciri-ciri fizikal dan kimia serta prestasi lelemak tersebut. Keistimewaan minyak sawit di dalam […]

Survey of the chemical and physical characteristic of some commercial Malaysian palm glycerin

Pengilang-pengilang Malaysia adalah berkemampuan menghasilkan gliserin berkualiti tinggi. Kebanyakan gliserin yang dihasilkan oleh pengilang Malaysia adalah mudah ditakrifkan dengan ketulenan yang konsisten. Semua sampel yang dikaji mempunyai ketulenan melebihi 99% dan oleh yang demikian boleh dikelaskan sebagai gliserin bergred halus, memenuhi piawaian ‘United State Pharmacopoeia (USP) atau European Pharmacopoeia (PH.Eur)’. Berkenaan dengan parameter kualiti seperti […]