Palm oil as an alternative fuel for diesel engines

Minyak sawit (RBD olein) telah digunakan dalam kaji-enjin jangka pendek sebagai pengganti minyak dalam enjin diesel. Sifat-sifat minyak sawit ini telah disesuaikan dengan spesifikasi minyak bagi enjin diesel melalui kaedah ASTM dan BS. Sifat minyak sawit ini menyamai minyak diesel Gred 2, kecuali dari segi titik nyala, takat tuang dan kelikatan. Kajian menggunakan minyak sawit telah dibuat ke atas dua jenis enjin diesel, iaitu E – 6 Ricardo dan Lister. Kuasa yang dihasilkan dari enjin E – 6 Ricardo didapati melebihi kuasa diesel, sementara bagi enjin Lister pula, kuasa yang dihasilkan adalah sama. Analisis keluaran ekzos yang dijalankan juga menunjukkan bahawa kandungan karbon monoksida yang terhasil adalah terlalu sedikit.

Releated

Palynological studies in the genus Elaeis under the scanning electron mircoscope

Kedua-dua spesies genus Elaeis, iaitu, E. oleifera (HBK) Cortes dan E. guineensis Jacq. bersama-sama dengan rasnya Deli Dura, Pisifera dan hibrid kedua-dua ras ini Tenera, bermantel dan hibrid terbuka telah dikaji dari segi perincian debunga dan perbezaan genetiknya. Dari ini, didapati perbezaan genetik yang cukup bagi membezakan kesemua genotip ini hanya berasaskan kepada butir debunganya […]