Status of mycorrhizal research in oil palm

Makalah ini memberi ringkasan mengenai status penyelidikan Mikoriza dalam kelapa sawit. Penyelidikan hingga kini mendapati ketiadaan kulat VAM dalam anak benih kelapa sawit di tapak semaian dan juga di beberapa jenis tanah yang ditanam dengan kelapa sawit. Di mana ianya didapati, spesies yang biasa wujud di tanah pantai ialah Gigaspora. Spesies Sclerocyctis pula terdapat di tanah-tanah pendalaman. Spesies Glomus, Entrophosphora dan Acaulospora boleh didapati di kedua-dua jenis tanah ini. Adalah didapati bahawa pokok kelapa sawit boleh hidup walaupun tanpa kehadiran VAM dalam tanah disebabkan hubungan simbiosis yang tidak obligat. Kulat VAM yang dibubuh secara berbantu mempunyai kesan positif terhadap tumbesaran dan pengambilan pemakanan anak benih kelapa sawit. Beberapa faktor di ladang telah dikenalpasti mempunyai kesan negatif terhadap VAM termasuk jumlah kecil penjajahan akar kelapa sawit matang oleh Mikoriza yang sedia ada di dalam tanah, penggunaan racun perosak (walaupun pada kadar yang disyorkan), penggunaan baja kimia yang tinggi dan sebagainya. Berdasarkan faktor-faktor ini adalah difikirkan bahawa penggunaan VAM secara komersial untuk kelapa sawit mungkin tidak perlu selagimana penggunaan baja kimia masih berkesan dari segi kos dan penggunaan racun perosak terus diamalkan di ladang.

Releated

Palm kernel and palm kernel oil quality today

Isirong sawit adalah hasil sampingan dari pemprosesan tandan buah sawit. la mengandungi 47%-50% minyak isirong sawit. Kesemua keluaran isirong sawit diproses di kilang tempatan bagi menghasilkan minyak isirong sawit dan hampas. Untuk menjamin mutu isirong sawit yang memuaskan, adalah mustahak ia dikendalikan dan disimpan dengan cara yang sesuai dan betul. Begitu juga halnya dengan minyak […]

Some results of recent forecasts on palm oil production

Menurut ramalan pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) yang terdahulu sebanyak 6.3 juta tan metrik bagi 1991, ramalan jangka-pendek untuk 1992 menunjukkan pertambahan yang ketara ke angka 6.75 juta tan metrik. Ramalan jangka-panjang menunjukkan pengeluaran MSM mungkin akan mencapai 6 juta tan metrik menjelang tahun 2000, 10.7 juta tan metrik menjelang tahun 2010 dan mungkin mencapai […]