Sensory evaluation and its applications

Mutu sesuatu produk boleh diukur dengan menggunakan kaedah penilaian deria. Kaedah ini menggunakan pancaindera manusia iaitu mata, hidung, mulut, jari dan telinga. Melalui deria penglihatan, bau, rasa, sentuhan dan pendengaran, seseorang ahli panel boleh menilai atribut sensori sesuatu produk seperti warna, rupa bentuk, bau, rasa dan tekstur. Penilaian deria di dalam bidang penyelidikan biasanya digunakan di dalam pembangunan produk baru, untuk mengesan perbezaan mutu produk disebabkan perubahan proses, untuk menentukan jangka masa sesuatu produk boleh tahan disimpan dan untuk korelasi antara ciri-ciri deria dengan ciri-ciri kimia, dan fizikal. Selain daripada itu, penilaian deria adalah juga penting di dalm kawalan mutu dan kajian pemasaran.

Releated

Shortenings based on palm oil products

Lelemak digunakan sebagai bahan penggoreng, juga sebagai salah satu ramuan di dalam pembuatan beranika jenis kuihmuih. Lelemak berasaskan minyak sawit sangat sesuai digunakan untuk kedua-dua tujuan ini kerana ia sangat stabil. Rencana ini membincangkan tentang penggunaan minyak sawit di dalam formulasi lelemak, ciri-ciri fizikal dan kimia serta prestasi lelemak tersebut. Keistimewaan minyak sawit di dalam […]

Microencapsulated palm oil based products

Proses pemikrokapsulan minyak adalah satu proses di mana titisan kecil minyak diperangkap di dalam satu filem yang nipis. Filem nipis ini terdiri daripada bahan-bahan polimer yang larut air. Proses pemikrokapsulan ini melibatkan penyediaan emulsi minyak di dalam air, diikuti oleh proses pengeringan menggunakan teknik “semburan kering”. Proses pengeringan ini akan menghasilkan “serbuk minyak” yang juga […]