Estimation of compression pressure in the preparation of pellets from oil palm bunches

Perhubungan antara ketumpatan pukal pelet yang disediakan daripada serbuk (Saiz £50 mikrons) yang diperolehi daripada serabut tandan kelapa sawit (EFB) dan tekanan mampatan yang dipakai ketika menyediakan pelet telah diselidiki. Satu persamaan empiris yang telah diperkenalkan lebih awal telah disuaikan kepada data eksperimen dan ini telah memberikan nilai masing-masing (6.9 ±0.2) x 102 kg / m3dan (12.7±0.2) x 102 kg / m3 bagi ketumpatan pukal serbuk EFB dan ketumpatan tepu pukal (ps) pelet EFB. Penyesuaian ini juga memberikan nilai-nilai minimum bagi tekanan mampatan (po) yang diperlukan untuk menghasilkan ps, dan nilai-nilai tersebut ialah 1.29, 1.35, 1.39, 1.42 dan 1.46 x 102 kN / m2 bagi masing-masing pelet yang mempunyai berat (w) berikut 0.2, 0.3, 0.4, 0.5 dan 0.6 g. Set nilai-nilai ini mencadangkan satu persamaan empiris po = [(0.41 ± 0.03) x 105]w + (1.22 ± 0.03) x 105 yang boleh digunakan untuk menganggar po apabila nilai w diketahui. Penggunaan persamaan ini patut dikembangkan ke dalam perisian sistem kawalan berkomputer yang digunakan dalam pengeluaran secara komersial pelet EFB (atau lain-lain bentuk). Pelet EFB boleh dimanfaatkan sebagai bahan mentah untuk pembuatan produk karbon pepejal yang digunakan dengan meluas dalam bidang elektrik, elektronik dan kejuruteraan kimia, kimia dan sains bahan.

Releated

Hydrolysis of palm oil products – An overview

Minyak sawit yang diperolehi dari kilang mengandungi 95% trigliserida, 4% separa-gliserida dan 1% komponen minor. Trigliserida ini diperolehi dari gliserol dan asid lemak. Dalam minyak sawit, jenis asid lemak yang terlekat pada molekul gliserol mengandungi 12 hingga 20 panjang karbon, sementara minyak isi rong sawit rantaian asid lemak mengandungi 6 hingga 20 karbon. Proses di […]

Shortenings based on palm oil products

Lelemak digunakan sebagai bahan penggoreng, juga sebagai salah satu ramuan di dalam pembuatan beranika jenis kuihmuih. Lelemak berasaskan minyak sawit sangat sesuai digunakan untuk kedua-dua tujuan ini kerana ia sangat stabil. Rencana ini membincangkan tentang penggunaan minyak sawit di dalam formulasi lelemak, ciri-ciri fizikal dan kimia serta prestasi lelemak tersebut. Keistimewaan minyak sawit di dalam […]