Microencapsulated palm oil based products

Proses pemikrokapsulan minyak adalah satu proses di mana titisan kecil minyak diperangkap di dalam satu filem yang nipis. Filem nipis ini terdiri daripada bahan-bahan polimer yang larut air. Proses pemikrokapsulan ini melibatkan penyediaan emulsi minyak di dalam air, diikuti oleh proses pengeringan menggunakan teknik “semburan kering”. Proses pengeringan ini akan menghasilkan “serbuk minyak” yang juga dikenali sebagai “minyak termikrokapsul”.

Proses pemikrokapsulan minyak merupakan salah satu proses hiliran untuk produk berasaskan minyak sawit. Proses ini dapat mempertingkatkan kegunaan, rupabentuk, perisa dan juga nilai nutrisi produk berasaskan minyak sawit. Ia juga dapat meningkatkan kestabilan bahan-bahan ini semasa penyimpanan dan pengangkutan. Kajian di PORIM mendapati produk berasaskan minyak sawit dalam bentuk termikrokapsul juga boleh dilindungi daripada proses kemusnahan oksidatif untuk tempoh masa penyimpanan yang panjang.

Releated

Shortenings based on palm oil products

Lelemak digunakan sebagai bahan penggoreng, juga sebagai salah satu ramuan di dalam pembuatan beranika jenis kuihmuih. Lelemak berasaskan minyak sawit sangat sesuai digunakan untuk kedua-dua tujuan ini kerana ia sangat stabil. Rencana ini membincangkan tentang penggunaan minyak sawit di dalam formulasi lelemak, ciri-ciri fizikal dan kimia serta prestasi lelemak tersebut. Keistimewaan minyak sawit di dalam […]

Sensory evaluation and its applications

Mutu sesuatu produk boleh diukur dengan menggunakan kaedah penilaian deria. Kaedah ini menggunakan pancaindera manusia iaitu mata, hidung, mulut, jari dan telinga. Melalui deria penglihatan, bau, rasa, sentuhan dan pendengaran, seseorang ahli panel boleh menilai atribut sensori sesuatu produk seperti warna, rupa bentuk, bau, rasa dan tekstur. Penilaian deria di dalam bidang penyelidikan biasanya digunakan […]