Hydrolysis of palm oil products – An overview

Minyak sawit yang diperolehi dari kilang mengandungi 95% trigliserida, 4% separa-gliserida dan 1% komponen minor. Trigliserida ini diperolehi dari gliserol dan asid lemak. Dalam minyak sawit, jenis asid lemak yang terlekat pada molekul gliserol mengandungi 12 hingga 20 panjang karbon, sementara minyak isi rong sawit rantaian asid lemak mengandungi 6 hingga 20 karbon.

Proses di mana asid lemak berpisah dari gliserol dipanggil hidrolisis. Kertas ini memberi gambaran mengenai proses hidrolisis ini dan memberikan petunjuk supaya proses hidrolisis ini dapat dikurangkan bagi mengawal mutu produk yang terhasil.

Releated

Sensory evaluation and its applications

Mutu sesuatu produk boleh diukur dengan menggunakan kaedah penilaian deria. Kaedah ini menggunakan pancaindera manusia iaitu mata, hidung, mulut, jari dan telinga. Melalui deria penglihatan, bau, rasa, sentuhan dan pendengaran, seseorang ahli panel boleh menilai atribut sensori sesuatu produk seperti warna, rupa bentuk, bau, rasa dan tekstur. Penilaian deria di dalam bidang penyelidikan biasanya digunakan […]

Estimation of compression pressure in the preparation of pellets from oil palm bunches

Perhubungan antara ketumpatan pukal pelet yang disediakan daripada serbuk (Saiz £50 mikrons) yang diperolehi daripada serabut tandan kelapa sawit (EFB) dan tekanan mampatan yang dipakai ketika menyediakan pelet telah diselidiki. Satu persamaan empiris yang telah diperkenalkan lebih awal telah disuaikan kepada data eksperimen dan ini telah memberikan nilai masing-masing (6.9 ±0.2) x 102 kg / […]