Determination of iodine values of palm oil and palm kernel oil products using non-chlorinated solvents

Penentuan nilai iodin ke atas beberapa jenis produk minyak sawit dan isirong sawit dengan menggunakan sikloheksana dan sikloheksana-asid asetik sebagai pelarut dalam kaedah Wijs menghasilkan kesan yang setanding dengan kaedah yang memakai pelarut karbon tetraklorida. Analisis regresi linear menunjukkan korelasi baik, dengan R2 yang berjulat 0.999-1.000 dan ralat piawai anggaran Y yang berjulat 0.16-0.17. Pekali X hampir nilai satu (unit) dan ralat piawai anggaran X pula adalah berjulat 0.002-0.0025 hasil kajian ini didapati bersetuju dengan data yang dicapai oleh pihak IUPAC dan AOCS. Ini mengesahkan bahawa kaedah penentuan nilai iodin yang berasaskan penggunaan pelarut yang tidak berklorin adalah sesuai untuk produk minyak sawit dan isirong sawit.

Releated

Contribution of palm oil value-added products to the Malaysian economy and the world

Pada tahun 1970, nilai ditambah minyak sawit hanya menyumbang RM143juta (0.68%) kepada KDNK negara. Pelaksanaan dasar-dasar ekonomi yang dinamik dan selanjar semenjak awal 1970an telah menyumbang kepada peningkatan nilai ditambah minyak sawit yang meningkat sebanyak 64 kali ganda kepada RM9143 juta pada tahun 1994, iaitu 8.36% daripada KDIVK negara. Namun demikian, negara-negara pengguna didapati meraih […]