Expected Malaysian palm oil production in 1996 and observations on age effects in some oil palm yield components

Pengeluaran Minyak Sawit Mentah (MSM) Malaysia bagi tahun 1996 dijangka kekal pada 7.7-7.8 juta tan ataupun kurang.

Pengeluaran statik yang tidak dijangka ini merupakan kesan taburan hujan yang tidak sekata di Semenanjung Malaysia pada tahun 1994 dan juga kesan kitaran buah sawit.
Data yang diperolehi dari enam tempat selama 24 tahun jelas menunjukkan kesan umur terhadap tiga komponen hasil buah kelapa sawit: min berat tandan, bilangan tandan dan buah tandan segar. Mengikut arah aliran, min berat tandan bertambah manakala bilangan tandan berkurangan apabila dipengaruhi oleh kesan umur. Arah aliran buah tandan segar pula, walaupun lebih variasinya daripada min berat tandan dan bilangan tandan, hasilnya bertambah pada awal tahun dan berkurangan selepas menghasilkan buah yang maksimum. Pengurangan hasil buah tandan segar merupakan hasil pengurangan bilangan tandan yang lebih daripada kepertambahan min berat tandan.
Arah aliran daripada tiga hasil komponen ini dapat ditunjukkan melalui model-model perangkaan.

Releated

Determination of iodine values of palm oil and palm kernel oil products using non-chlorinated solvents

Penentuan nilai iodin ke atas beberapa jenis produk minyak sawit dan isirong sawit dengan menggunakan sikloheksana dan sikloheksana-asid asetik sebagai pelarut dalam kaedah Wijs menghasilkan kesan yang setanding dengan kaedah yang memakai pelarut karbon tetraklorida. Analisis regresi linear menunjukkan korelasi baik, dengan R2 yang berjulat 0.999-1.000 dan ralat piawai anggaran Y yang berjulat 0.16-0.17. Pekali […]