Relative Quantification of Palm Oil Partial Glycerides by Chromarod Thin-Layer-Chromatography with Flame-Ionization Detection

Pecahan gliserida separa minyak sawit merangkumi monogliserida, 1,2-digliserida, 1,3-digliserida dan trigliserida disamping asid lemak bebas. Semua ini diasingkan oleh Chromarod Type S menggunakan iso-oktana: dwietil ester: asid formik (80:20:1, i/i) sebagai larutan cuci. Bahan-bahan yang terasing ini ditentukan kuantitinya menggunakan radas IATROSCAN TH-10. Ini sebenarnya ialah alat pengesan pengionan-api. Satu campuran piawai gliserida separa digunakan untuk mengira banyak relatif gliserida separa yang terdapat di dalam sampel minyak sawit.

Releated

Adaptation to Light Environment by Leaves of Oil Palm (Elaeis guineensis)

Pertukaran gas daun dan sifat morfologi bagi pokok sawit muda yang tumbuh di kawasan yang terdedah kepada matahari dan kawasan yang ternaung dibandingkan. Daun-daun pokok yang tumbuh di tempat naung didapati mempunyai luas permukaan yang lebih berbanding daun di tempat terdedah, tetapi mempunyai berat kering per unit yang lebih rendah. Ketumpatan stomata, konduktans maksimum, kecekapan […]

Crude Palm Oil Quality – A Survey over the Last Two Decades

Industri minyak sawit Malaysia sering menganggap dirinya sebagai pelopor dalam bidang pengeluaran minyak sawit bermutu tinggi. Masanya telah sampai bagi industri ini menilai secara kritis mutu minyak sawit mentah masa kini terutama sekali dengan kemunculan Indonesia sebagai pengeluar minyak sawit mentah bermutu tinggi yang berpotensi. Makalah ini menyarankan agar tujuh faktor utama iaitu: asid lemak […]