The need to increase fat consumption in developing countries

Penggunaan lemak di kebanyakan negara-negara membangun didapati tidak mencukupi. Negara-negara maju menghadapi masalah penggunaan lemak yang berlebihan sementara di negara-negara membangun keadaan adalah sebaliknya. Penggunaan dilihat dari dua sudut, pertama, meningkatkan paras penggunaan ke peratus 20 kalori dan kedua, mengatasi kekurangan kalori gantian lemak. Penggunaan lemak bergantung kepada pendapatan, bekalan dan berbagai tabiat sosial di […]

Mitosis in Elaeis Guineensis Jacq race Deli Dura

Proses mitosis yang lengkap dalam Elaeis guineensis Jacq. telah dikaji, dengan menggunakan hujung akar yang tumbuh. Oleh kerana kromosom Elaeis sangat kecil dan ianya melekat sesama sendiri, maka kajian terperinci ke atas proses mitosis tidak dapat dibuat denan sempurna. Hujung akar yang tumbuh diberi prarawatan dengan colchicine pada beberapa paras sukatan dan dalam jangka masa […]

Palynological studies in the genus Elaeis under the scanning electron mircoscope

Kedua-dua spesies genus Elaeis, iaitu, E. oleifera (HBK) Cortes dan E. guineensis Jacq. bersama-sama dengan rasnya Deli Dura, Pisifera dan hibrid kedua-dua ras ini Tenera, bermantel dan hibrid terbuka telah dikaji dari segi perincian debunga dan perbezaan genetiknya. Dari ini, didapati perbezaan genetik yang cukup bagi membezakan kesemua genotip ini hanya berasaskan kepada butir debunganya […]

Technology for incorporating palm oil in vanaspati

Minyak sawit adalah salah satu dadpada beberapa minyak sayuran yang digunakan untuk membuat vanaspati. Walau bagaimanapun terdapat beberapa masalah bila lebih minyak sawit digunakan. Masalahnya dihuraikan. Juga diterangkan ialah bagaimana penggunaan teknologi dapat mengatasi masalah ini.

The available water holding capacity of oil palm soils in Malaysia

Keupayaan menyimpan air 100 jenis tanah dari kawasan percubaan baja di Semenanjung Malaysia telah ditentukan. Kelembapan yang ada pada field capacity'(F.C.) ditentukan melalui ‘direct sampling’, sementara kelembapan yang ada pada ‘permanent wilting point’ (P.W.P.) diukur dimakmal dengan menggunakan alat plat tekanan. Perbezaan di antara kedua-dua ukuran dijadikan sebagai keupayaan menyimpan air. Air yang disimpan di […]

Commercial aspects of palm stearin utilization

Dalam tahun 1982, Malaysia mengeksport 0.5 juta tan stearin. Kuantiti ini menunjukkan yang stearin telah menjadi satu barangan eksport yang utama dan ia tidak boleh lagi dianggap sebagai bahan sampingan pengeluaran olein. Bekalan stearin juga adalah setanding dengan bekalan minyak haiwan. Makalah ini menghuraikan tentang pengeluaran, kuatiti, harga dan juga aspek ekonomi stearin.