Oil Palm Bulletin No. 75 (November 2017) p27-36

Biogas Capture – A Means of Reducing Greenhouse Gas Emissions from Palm Oil Mill Effluent

Loh, S K*, Nasrin, A B*, Mohamad Azri, S*, Nurul Adela, B*, Muzzammil, N*, Daryl Jay, T* and Stasha Eleanor, R A*

Oil palm – being the economic backbone of Malaysia – provides not just palm oil as the main commodity but also many other forms of by-products, namely oil palm trunks, fronds, palm kernel shell, mesocarp fiber, empty fruit bunches and palm oil mill effluent (POME), all of which can be transformed into valueadded products for energy and non-energy uses. POME has been exploited as a renewable energy source under the Entry Point Project (EPP) 5 of the Palm Oil National Key Economic Area (NKEA), Economic Transformation Programme (ETP) since 2010. Implementation of EPP5 by building biogas trapping facilities at all palm oil mills across the country is one of the oil palm industry’s renewable energy initiatives towards environmental sustainability. The production of biogas via anaerobic digestion of POME in the conventional treatment system releases ~65% methane into the atmosphere, methane is 25 times more potent than CO2 as a greenhouse gas (GHG). Biogas capture and its various modes of utilisation, plus the more recently adopted methane avoidance from POME, have thus far progressed satisfactorily in lowering the carbon footprint of palm oil production. By fully harnessing biogas from POME, a projected GHG emissions of ~18 million tonnes CO2eq per annum could be mitigated. This could greatly enhance the competitiveness of palm oil in facing more stringent sustainability requirements as stipulated under the EU Renewable Energy Directive and the USA EPA Renewable Fuel Standard 2 Program. The aim of this paper is to relate the Malaysian experiences in strategising and optimising POME management as well as biogas resource recovery, gearing towards accelerating sustainable palm oil production.

Industri sawit merupakan salah satu sumber ekonomi utama negara. Selain menghasilkan minyak sawit mentah sebagai sumber komoditi utama, ia turut menghasilkan produk sampingan seperti batang sawit, pelepah, tempurung, gentian mesokarpa, tandan buah kosong dan air kumbahan kilang sawit (POME). Kesemua sumber ini boleh digunakan bagi penghasilan produk nilai tambah sama ada untuk penggunaan berasaskan tenaga dan bukan tenaga. POME telah dikenalpasti dan digunakan sebagai sumber tenaga diperbaharui di bawah Projek Permulaan No. 5 (EPP5) – Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), Program Transformasi Ekonomi Negara (ETP) sejak tahun 2010. Pelaksanaan EPP5 yang mensasarkan pembangunan loji pemerangkapan biogas di kilang sawit di seluruh negara merupakan salah satu inisiatif industri sawit negara ke arah pembangunan lestari dan mesra alam. Biogas yang terhasil daripada penguraian anaerobik ke atas POME dalam sistem rawatan kovensional membebaskan 65% gas metana ke atmosfera, metana berpotensi sebagai gas rumah hijau yang 25 kali lebih tinggi kesannya daripada gas karbon dioksida (CO2). Pemerangkapan dan penggunaan biogas dengan pelbagai bentuk penjanaan tenaga, termasuklah perlaksanaan projek berasaskan pengelakan metana menggunakan POME, telah berkembang dengan baik bagi mengurangkan jejak karbon untuk penghasilan minyak sawit mentah. Dianggarkan sebanyak 18 juta tan CO2eq setahun dapat dikurangkan sekiranya kesemua biogas yang dihasilkan di kilang sawit di seluruh negara diperangkap dan digunakan semula. Ini akan meningkatkan daya saing minyak sawit di peringkat global yang kini harus memenuhi pelbagai keperluan dan peraturan kemampanan yang ketat seperti yang termaktub di bawah program ‘EU Renewable Energy Directive’ dan ‘USA EPA Renewable Fuel Standard 2’. Artikel ini membincangkan pengalaman Malaysia dalam usaha dan strategi mengoptimumkan pengurusan POME dan penggunaan sumber biogas ke arah memacu pembangunan mampan dalam penghasilan minyak sawit.


Tags: , , , ,

Author information: