Oil Palm Bulletin No. 75 (November 2017) p1-10

Managing Soil Deterioration and Erosion under Oil Palm

Afandi, A M*, Zuraidah, Y*, Nurzuhaili, H A Z A*, Zulkifli, H* and Yaqin, M*

Planting oil palm on steepland can cause severe soil degradation as erosion carries away fertile topsoil and nutrients, especially at the early stage of field development. Hence, good agronomic practices are essential to sustain the soil properties associated with oil palm productivity. This article is a review of soil conservation practices that can minimise soil degradation under oil palm planted on sloping land. The common agronomic practices include terracing, silt pits, mulches (empty fruit bunches and pruned fronds) and establishment of leguminous cover crops, all of which will help to reduce run-off and soil erosion. The purpose of implementing these techniques is to manage soil degradation in order to achieve site yield potential while safeguarding the environment right from the early stage of plantation development. Preserving riparian zones is also essential as they serve as natural filters for surface run-off from the plantation areas and hence minimise the amount of sediments and in doing so preserve the quality of water entering the watercourses.

Penanaman sawit di tanah bercerun boleh menyebabkan kemusnahan tanah disebabkan oleh hakisan yang akan membawa tanah atas yang subur bersama dengan nutrien, terutamanya pada peringkat awal pembangunan ladang. Oleh itu, amalan agronomi yang baik amatlah penting untuk mengekalkan sifat tanah yang baik untuk produktiviti sawit. Artikel ini membincangkan amalan pemuliharaan tanah bagi meminimumkan kemusnahan tanah bercerun yang ditanam dengan sawit. Amalan agronomi yang biasa digunakan termasuklah penyediaan teres, takungan kelodak, sungkupan (tandan buah kosong dan pelepah yang dipotong) dan menanam tanaman kekacang penutup bumi, semua ini akan membantu mengurangkan larian permukaan dan hakisan tanah. Tujuan menggunakan teknik-teknik ini adalah untuk mengawal kemusnahan tanah supaya dapat mencapai potensi hasil setempat dan menyelamatkan alam sekitar mulai pada peringkat awal pembangunan ladang. Memulihara zon riparian juga diperlukan kerana zon ini merupakan penapis semulajadi bagi larian permukaan dari kawasan ladang dan akan meminimumkan jumlah sedimen sekaligus memulihara kualiti air yang memasuki sumber air.


Tags: , , , ,

Author information: