Oil Palm Bulletin No. 25 (November 1992) p9 - 21

Improving CPO DOBI Values- A practical approach

CHAN S K

Sebuah kilang minyak sawit dipilih untuk kajian memperbaiki nilai indeks pemerosotan pelunturan (DOBI) minyak sawit mentah (MSM) yang dihasilkan Kesan piawaian buah masak, kualiti buah tandan baru (BTB) semasa penghantaran, pensterilan dan parameter pemprosesan terhadap nilai DOBI dikaji. Kilang berkenaan menghasilkan MSM dengan nilai DOBI &gt,3.0 secara konsisten sepanjang tempoh kajian. Nilai DOBI minimum dalam tempoh ini ialah 3.34 dan nilai maksimum 3.54. Ini melambangkan nilai MSM yang dihasilkan. Proses pensterilan ialah 20/20/30/30 psig selama 70 minit. Memandangkan bahawa hasil sedemikian didapati walaupan 35% dari BTB yang diproses adalah dari penanam persendirian, SLDB yakin bahawa pengoptimuman proses pensterilan sedemikian mampu menghasilkan peningkatan kualiti MSM dan nilai DOBI 3.0 yang konsisten boleh dicapai.


Tags: , , , , , ,

Author information: