Oil Palm Bulletin No. 70 (May 2015) p1-7

Control of Mucuna bracteata DC. Ex. Kurz Legume Covers with Herbicides in Oil Palm Plantation: Spraying Volume and Frequency

Yit Kheng Goh*, Kim Loong Wong*, Chin Hor Lai*, Suet Yee Tan*, Tasren Nazir Mahamooth*, Huang Huang Gan*, You Keng Goh* and Kah Joo Goh*

Leguminous Mucuna bracteata DC. ex. Kurz is one of the most commonly planted ground covers in oil palm plantations. However, under uncontrolled conditions, the covers can smother and entangle the palms, especially in young immature plantings. Efficacy of five major types of herbicides – paraquat dichloride (PD), glyphosate isopropylamine (GI), metsulfuron methyl (MM), glufosinate ammonium (GA), and disodium methyl arsenate (DSMA), as well as ammonium chloride with two separate spraying volumes and two different spraying frequencies, in controlling M. bracteata were studied. Variable spraying volume or spray-towet method caused higher M. bracteata mortality compared to fixed volume spraying. The PD, GI+MM mixture and GA were observed to give better control of M. bracteata compared to other treatments. Multifactorial ANOVA illustrated that herbicide, volume and frequency were showing significant post-spraying influence on both percent of casualty and alive M. bracteata after most of the spraying rounds. Interactions between herbicide x volume, herbicide x frequency, and herbicide x volume x frequency were spotted in a few postspraying census. However, there was no interaction found in volume x frequency. Results showed that spraying with GI+MM mixture could be one of the promising herbicide combinations with spray-till-wet technique and variable spraying rounds (reapplication as M. bracteata covered &gt, 70%) was the most efficient treatment and with reduced effect on M. bracteata regeneration.

Pokok kekacang, Mucuna bracteata DC. ex. Kurz merupakan tanaman penutup bumi yang biasa ditanam di ladang sawit. Walau bagaimanapun, dalam keadaan yang tidak terkawal, tanaman penutup bumi ini boleh melitupi dan menjerut sawit, terutamanya sawit yang belum matang. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui keberkesanan lima jenis racun rumpai utama dalam mengawal M. bracteata – parakuat diklorid (PD), glifosat isoproplamin (GI), metsulfuron metil (MM), glufosinat ammonium (GA), dan disodium metil arsenat (DSMA), serta ammonium klorida dengan dua jumlah semburan berasingan dan dua frekuensi semburan yang berbeza. Jumlah semburan yang berubah atau kaedah semburan hingga basah menyebabkan kadar kematian M. bracteata lebih tinggi berbanding jumlah semburan tetap. PD, campuran GI + MM dan GA didapati dapat memberi kawalan yang lebih baik terhadap M. bracteata berbanding rawatan lain. Multifaktorial ANOVA membuktikan bahawa jenis racun, jumlah dan kekerapan semburan memberi pengaruh yang signifikan ke atas peratus M. bracteata yang hidup dan mati selepas pusingan awal semburan. Interaksi antara racun rumpai x jumlah racun, racun rumpai x frekuensi semburan, dan racun rumpai x jumlah x kekerapan telah dikesan dalam beberapa kajian selepas semburan awal. Walau bagaimanapun, tidak terdapat interaksi di antara jumlah racun rumpai x frekuensi semburan. Hasil kajian menunjukkan bahawa semburan dengan GI + MM boleh menjadi salah satu daripada gabungan racun rumpai yang berkesan dengan teknik semburan-hingga-basah dan pelbagai pusingan semburan (aplikasi semula bagi M. bracteata menutupi &gt, 70%) adalah rawatan yang paling berkesan dan mampu mengurangkan pertumbuhan semula M. bracteata.

 


Tags: , , ,

Author information: