Review of sampling devices approved by International/National Standards Organisation

Makalah ini menghuraikan tentang alat-alat menyampel yang disenarai dan diluluskan oleh badan-badan antarabangsa dan kebangsaan, berhubung dengan prosedur menyampelnya yang diluluskan. Secara umum alat menyampel boleh dikelaskan sebagai penyampel ‘core'(banyak) dan penyampel zon. Bagi tangki yang besar seperti tangki kapal atau tangki pelabuhan, penyampel zon digunakan manakala bagi bekas yang kecil seperti tong penyampel ‘core’ atau tiub bersenggat boleh digunakan. Bagi bekas-bekas yang kecil seperti ini penyampel ‘core’ dan tiub bersenggat boleh digabungkan sebagai satu alat.

Releated

Volatilisation losses of nitrogen from urea applied to Malaysian soils 1.Effect of application rate and the admixture of other fertilisers

Satu kaedah makmal yang mudah bagi menentukan angkujuk kehilangan peruwapan N dari urea yang dibubuh pada tanah telah dapat dicipta. Keputusan yang didapati dari tanah siri Bungor (orthoxic tropudult) menunjukkan bahawa peratus kehilangan peruwapan N adalah tetap sehingga kadar urea 25 g m-2, tetapi bertambah apabila kadarnya bertambah. Campuran kieserite atau triple superphosphate pada kadar […]