Chemistry and technology division of PORIM Current Research Programme

Dengan pengeluaran minyak kelapa sawit yang meningkat dari tahun ke tahun dan dianggarkan mencapai 6 juta tan pada tahun 1990, maka usaha-usaha bahagian kimia dan Teknologi perlu ditumpukan kepada penyelidikan yang berkaitan dengan mutu dan kegunaan baru minyak tersebut. Lebih daripada 95% minyak itu diproseskan secara tempatan. Oleh sebab itu, masalah berkenaan dengan penapisan dan […]

Bleachability and the DOBI

Kemudahan meluntur minyak sawit mentah adalah satu-satunya ciri mutu yang paling penting bagi penghasilan minyak tulen gred satu. Proses kimia mengenai tindakbalas kerosakan yang mempunyai kesan ke atas kelunturan dan kaedah-kaedah analisis untuk menentukan kelunturan dihuraikan. Kegunaan perincian perdagangan terhadap ujian ke atas minyak sawit mentah, yang dikenali sebagai DOBI, dibincangkan.

Reduction of palm oil heavy metal content in the refining process

Perubahan kandungan logam berat dalam minyak sawit semasa ia ditapis telah dikaji untuk mengetahui peringkat yang mengurangkan kandungan logam-logam itu. Peringkat peneutralan dalam proses penapisan kimia didapati mengurangkan kandungan logam ke paras rendah. Peringkat nyahgam didapati meningkatkan kandungan logam minyak. Walau bagaimanapun peringkat seterusnya dalam proses penapisan fizis dapat merendahkan semula kandungan logam. Mekanisme yang […]