Reduction of palm oil heavy metal content in the refining process

Perubahan kandungan logam berat dalam minyak sawit semasa ia ditapis telah dikaji untuk mengetahui peringkat yang mengurangkan kandungan logam-logam itu. Peringkat peneutralan dalam proses penapisan kimia didapati mengurangkan kandungan logam ke paras rendah. Peringkat nyahgam didapati meningkatkan kandungan logam minyak. Walau bagaimanapun peringkat seterusnya dalam proses penapisan fizis dapat merendahkan semula kandungan logam. Mekanisme yang mungkin bagi pengurangan kandungm logam dibincangkan. Peringkat-peringkat dalam proses penapisan yang memerlukan perhatian bagi meningkatkan kualiti minyak juga dicadangkan.

Releated

Palynological studies in the genus Elaeis under the scanning electron mircoscope

Kedua-dua spesies genus Elaeis, iaitu, E. oleifera (HBK) Cortes dan E. guineensis Jacq. bersama-sama dengan rasnya Deli Dura, Pisifera dan hibrid kedua-dua ras ini Tenera, bermantel dan hibrid terbuka telah dikaji dari segi perincian debunga dan perbezaan genetiknya. Dari ini, didapati perbezaan genetik yang cukup bagi membezakan kesemua genotip ini hanya berasaskan kepada butir debunganya […]