Some aspects of the market development for palm oil in the Middle East

Tujuan makalah ini ialah untuk menonjolkan beberapa aspek mengenai perkembangan pasaran untuk minyak kelapa sawit di Timur Tengah. Satu lawatan ke Kuwait, Saudi Arabia, Mesir dan Turki telah dibuat dan berjaya memastikan corak penggunaan minyak-minyak dan lemak-lemak dan menonjolkan prospek dan masalah terhadap minyak kelapa sawit Malaysia. Negara-negara tersebut telah pun dikenalkan sebagai pasaran minyak […]

Technology for incorporating palm oil in vanaspati

Minyak sawit adalah salah satu dadpada beberapa minyak sayuran yang digunakan untuk membuat vanaspati. Walau bagaimanapun terdapat beberapa masalah bila lebih minyak sawit digunakan. Masalahnya dihuraikan. Juga diterangkan ialah bagaimana penggunaan teknologi dapat mengatasi masalah ini.

Palm oil products: quality and users’ needs

Mutu dan keperluan pengguna merupakan tajuk bagi seminar satu hari pada bulan Januari 1982 anjuran PORIM sebagai memenuhi permintaan dari PORAM. Penceramah-penceramah terdiri dari pagawai-pegawai dari dua Bahagian PORIM: (i) Kegunaan Akhir dan Khidmat Nasihat Teknikal dan (ii) Kimia dan Teknologi. Ini adalah laporan persidangan tersebut termasuk perbincangan oleh para peserta.

Study on the utilisation of palm based products in candle making

Makalah ini membincangkan aktiviti-aktiviti penyelidikan mengenai kegunaan bahan-bahan dari minyak sawit dalam proses membuat lilin. Kajian mengenai kurang ketahanan pewarna dan daya pengecutan telah dijalankan. Satu pewarna merah yang didapati agak stabil di dalam asid lemak minyak sawit dicadangkan. Pengadunan 70% (wt/wt) asid lemak minyak sawit “double pressed” atau “triple pressed” dapat menghasilkan lilin berpintal […]

Customs Classification of Palm Fatty Acids

‘Kadar pecahan’ (Cocks dan Van Redes, 1973) boleh digunakan sebagai kaedah ringkas untuk membezakan di antara hasil terpecah asid lemak sawit yang didapati daripada industri oleokimia dan hasil suling asid lemak sawit/hasil sampingan minyak asid sawit yang didapati daripada industri penapisan minyak sawit, untuk tujuan pengklasan kastam.

Enforcement with respect to oil quality in East Malaysia

Hasil kerja pengawasan kualiti dan penguatkuasaan kualiti terhadap industri kelapa sawit di Malaysia Timur berbanding dengan Semenanjung Malaysia dihuraikan. Didapati bahawa kualiti keluaran kelapa sawit dari Malaysia Timur adalah memuaskan. Dalam daya usaha meningkatkan kualiti keluaran kelapa sawit di Malaysia sistem kualiti menghadapi beberapa kelebihan termasuklah tidak ada insentif, kelemahan infrastruktur dan spesifikasi kualiti yang […]

Shortenings based on palm oil products

Lelemak digunakan sebagai bahan penggoreng, juga sebagai salah satu ramuan di dalam pembuatan beranika jenis kuihmuih. Lelemak berasaskan minyak sawit sangat sesuai digunakan untuk kedua-dua tujuan ini kerana ia sangat stabil. Rencana ini membincangkan tentang penggunaan minyak sawit di dalam formulasi lelemak, ciri-ciri fizikal dan kimia serta prestasi lelemak tersebut. Keistimewaan minyak sawit di dalam […]

Microencapsulated palm oil based products

Proses pemikrokapsulan minyak adalah satu proses di mana titisan kecil minyak diperangkap di dalam satu filem yang nipis. Filem nipis ini terdiri daripada bahan-bahan polimer yang larut air. Proses pemikrokapsulan ini melibatkan penyediaan emulsi minyak di dalam air, diikuti oleh proses pengeringan menggunakan teknik “semburan kering”. Proses pengeringan ini akan menghasilkan “serbuk minyak” yang juga […]

Palm-based oleochemicals as inert ingredients in pesticide formulations

Bahan kimia agro memainkan peranan penting di dalam sektor pertanian. Dalam tahun 1995, pasaran bahan kimia agro di Malaysia adalah melebihi 289 juta ringit yang mana racun rumpai, racun serangga, racun kulat dan racun tikus adalah kira-kira 76%, 15%, 5% dan 4% daripada jumlah pasaran keseluruhan. Pada amnya, penyediaan formulasi racun perosak mengandungi dua komponen […]

Economic feasibility of palm-based salad dressings production

Kuah salad (salad dressings) merupakan sejenis emulsi yang diperbuat dari minyak sayuran dan amat terkenal di negara Barat. la adalah suatu produk yang baru di kalangan masyarakat tempatan dan selalunya dihidangkan di hotel-hotel, rumah- rumah kelab dan restoran makanan segera. Kebanyakan kuah salad di pasaran tempatan diimport dari luar negera tetapi terdapat juga kuah salad […]